Wednesday, June 12, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 1:18 AM ||

assalamualaikum geng jernal semua.

jernal aku pada kali ni merangkumi jernal yang bertarikh 31 mei , 1 , 2 jun 2002

31 Mei 2002 -jumaat


dari semalam aku langsung tak tido sampai lah ke pagi ni.mungkin excited sangat kot nak pegi program jalinan sahabathijjaz.ahaksssss.di sebab kan oleh excited sangat sampai tak tido malam aku di buat nyer.ekekekekek.

hari ni aku kuar rumah awal sebab abang aku nak balik ke rembau.sepanjang program aku tak pakai kereta sebab abang aku nak guna kereta.punya lah awal abang aku hantar aku ke pejabat hijjaz.nasib baik lah ader geng muslimah yang berkampung di pejabat hijjaz so, tak der lah aku ngan adik aku tercongok kat luar pejabat hijjaz sebab masa abang aku hantar aku tu dalam pukul 6.15 pagi.punya lah awal giler.sampai kan aku kena perli ngan muslimah sahabathijjaz.semangat betul nak pergi program nampak nyer.aper tak semangat nyer,semalaman aku tak tido di buat nyer.ahaksss.

sesampai nyer aku kat ofis hijjaz tu masa tu kak siti, angah,acik ngan bebudak unic tengah tido.tapi jangan salah sangka,bebudak unic tido kat bilik belakang.muslimah semua tido kat bilik depan.memasing tido keletihan.al-maklum jer lah kan dah beraper malam tak tido sebab masing-masing sibuk uruskan pasal program ni supaya berjalan dengan lancar.

pagi tu trip pertama bertolak ke el-azzhar camp pada pukul 11 pagi.sampai jer kat morib tu nak dekat pukul 1 tengahari.aku selaku urusetia prep & tech kena lah bertungkus lumus siap kan pentas yang akan di guna kan pada malam ni.masa aku sampai ke morib aku salah seorang urusetia prep & tech yang baru datang. di sebab kan yang lain-lain tak boleh datang awal sebab diorang ader kelas.so,diorang datang lewat sikit ah.

sesampai nyer kami kat saner terus kami di beri satu chalet untuk kemudahan kami nak solat dan sebagai nya.lepas kami selesai solat terus kami keluar untuk makan.lepas makan baru kami mula buat kerja.tengah-tengah aku buat kerja tu baru lah urusetia-urusetia prep & tech yang lain sampai.bile diorang sampai terus aku ngan mereka yang lain siap kan back drop untuk majlis perasmian dan pelancaran SAHABATHIJJAZ untuk malam ni.

lebih kurang dalam pukul 4 petang semua peserta program jalinan sahabathijjaz dari singapore sampai.dan tak beraper lama lepas tu sampai pulak bas pertama yang membawa peserta program dari kl sampai.dalam pukul 6.30 sampai lagi satu bas peserta dari kl ke El-Azzhar camp ,morib,Banting,Selangor.

sementara peserta-peserta semua bersiap untuk menunaikan solat maghrib,aku dan urusetia-urusetia prep & tech bertungkus lumus menyiap kan pentas untuk acara yang gilang gemilang malam ini.selepas selesai semua tugas aku pun masuk ke dalam chalet urusetia dan bersiap-siap untuk acara malam ni.

selepas bersiap-siap terus aku menuju ke dewan makan untuk makan. lepas makan, acara pun di mula kan dengan kehadiran tetamu kehormat.kehadiran tetamu kehormat di iringi oleh paluan kompang oleh abang isman hijjaz dan anak-anak buah hijjaz iaitu kumpulan UNIC.lepas jerk VIP mengambil tempat acara di mula kan oleh MC.MC pada malam tu ialah angahfaezah dan syahril INTEAM.

Ucapan alu-aluan di mula kan oleh pengarah urusan HMESB iaitu Encik Hasyim ngadiman, di ikuti oleh presiden SAHABATHIJJAZ, dan di akhiri oleh Yang Berhormat Datuk shafie Bin salleh.selepas memberikan ucapan alu-aluan tiba lah masa nya untuk Yang Berhormat Datuk shafie Bin salleh merasmi dan melancarkan kelab SAHABATHIJJAZ.Gimik untuk perasmian ini di mulakan dengan 7 orang dari pelbagai lapisan umur berjalan sambil membawa lilin.lilin orang yang di hadapan sekali di serah kan pada Yang Berhormat lalu di bakarkan pada tali yang membentuk perkataan SAHABATHIJJAZ.setelah selesai tali di bakar, tali di potong dan banner SAHABATHIJJAZ terjatuh.tu lah dier gimik untuk malam perasmianSAHABATHIJJAZ.tapi kan,memang unik sekali gimik tu sebab masa memula gimik tu melibatkan 7 orang peminat dari pelbagai peringkat umur.ini menunjukkan SAHABATHIJJAZ ni terdiri dari pelbagai peringkat umur.tak kira dari muda sampai lah tua.

lepas selesai majlis pelancaran dan perasmian,peserta di hiburkan dengan persembahan oleh artis-artis HME.setiap artis HME menyanyikan sebuah lagu.lepas acara persembahan oleh artis HME tiba lah masa sessi taaruf bersama kumpulan.semua peserta di bahagi kan kepada 7 kumpulan.kumpulan tersebut di berikan nama seperti berikut.

Keroncong Kasih Sayang - Hazamin INTEAM dan kak siti hasriyah

Sutera Kasih - Syahril INTEAM dan Angahfaezah

Fatamorgana - Suhaimi INTEAM dan Kak Atie

Lukisan Alam - Apen UNIC dan AcikAfzan

Cahaya Iman - Bazli UNIC dan Izzah

Mahligai Kasih - Fitri UNIC dan Along Sumaiyyah

Hembusan Kasturi - Wan Shah UNIC , Alang Kamis dan Syida

kumpulan aku di nama kan dengan nama cahaya iman bersempena dengan nama lagu kumpulan ae-man.kumpulan cahaya iman di ketuai oleh aku sendiri dan bazli hazwan che osman iaitu artis HME iaitu kumpulan UNIC.setiap kumpulan ader satu wakil dari kalangan artis.kumpulan aku terdiri daripada 16 orang dari pelbagai peringkat umur dan negeri.mereka terdiri daripada :

Azmiza mohd Kadir - Kuala Lumpur

Nurul Ain Osman - Perlis

Siti Suliani Roseli - Selangor

Aliah Yusof Ibrahim -Singapore

Mardhiyah Nor Zamani - Pulau Pinang

siti Shazalina Salleh - Negeri Sembilan

Shazwana M. Zaki - Kelantan

Engku Hamidah Engku Arifin - Kuala Terengganu

Maznira Mohamad - Kelantan

Mohd Thahar Ariffin - Kelantan

Nor Shahrul Akmar Nasruddin - Johor

Mohd Helmi Mohd Suhaimi - Petaling Jaya

Mohd Kesani - Singapore

Khuzaimah - Singapore

Siti Noras Dayani Mohd Sam - Kuala Lumpur

selepas sessi taaruf,peserta di berikan minum malam.lepas tu semua peserta di kehendaki tidur.esok kena bangun awal solat subuh berjemaah.lepas semua urusetia dah pasti kan semua peserta tidur,kami buat mesyuarat antara urusetia bagi memastikan acara esok berjalan lebih lancar lagi.

Selamat malam semua.................ZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.


1 Jun - Sabtu


Aku bangun subuh hari ni pukul 6 lebih.nampak nyer tak sempat ah nak gi solat kat surau.nampak gaya nyer solat kat chalet jer lah aku pagi ni.lepas mandi dan bersiap-siap terus aku ke chalet urusetia yang satu lagi bersebelahan ngan chalet aku.diorang pun tengah bersiap-siap.acara pagi ni akan di mulakan dengan acara sukaneka.

lepas semua peserta bersarapan pagi acara di mulakan dengan senaman ringan.muslimin dan muslimat di asingkan.muslimin di hadapan dan muslimat di belakang.senaman ringan di ketuai oleh Apen UNIC.sebelum acara senaman ringan, semua peserta di kehendaki menyanyikan lagu kumpulan INTEAM akrab persahabatan.

lepas acara senaman ringan, semua peserta muslimin berjogging di sepanjang jalan menuju pantai morib.peserta muslimat di minta bersedia untuk acara sukaneka.semua peserta di minta memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada kumpulan mereka.
selpas selesai acara sukaneka, diadakan pula permainan musical chair.setiap kumpulan di minta menghantar dua wakil.uyooooooo,ganas-ganas betul diorang ni main musical chair,siap berebut-rebut lagi.ahaksssssss.siap hempap menghempap lagi tu.ganas-ganassssssssss.permainan musical chair di menangi oleh peserta dari singapore.

selepas permainan musical chair,diadakan pula acara tarik tali peserta lawan ngan urusetia.malu giler sehhhhhhhh,urusetia kalah lawan ngan peserta.memang tak di nafikan lagi peserta-peserta memang terdiri dari golongan mereka yang berbadan besar lah jugak.tak macam urusetia,semua nyer kecik2 jerk.tergolek dok aku kat tengah-tengah padang tu.malu besar jerk.dah lah kamera video dari JAKIM dok fokus jerk kat kami semua. mintak-mintak lah tak masuk tv.ahakssssss.lupa lak aku nak bagitau korang semua.Program jalinan Sahabathijjaz ni memang di rakan oleh pihak JAKIM untuk rancangan riak-riak remaja yang akan di siar kan setiap hari selasa pukul 6.30 petang.tapi,aku tak pasti ah hari selasa beraper hari bulan.tengok jerk lah.untung-untung korang semua leh tengok muka aku masuk tv maaaaaa.

selepas acara tarik tali semua peserta di beri rehat selama lebih kurang setengah jam sebelum di minta bersiap-siap untuk acara selanjut nyer.acara selanjut nyer ialah HIJJAZ IN PERSON.sebelum HIJJAZ IN PERSON semua peserta di berikan minum pagi.selepas minum pagi,semua peserta di minta masuk ke dalam dewan untuk acara HIJJAZ IN PERSON.HIJJAZ IN PERSON menceritakan tentang latar belakang kumpulan hijjaz dan suka duka kumpulan hijjaz dalam mengharungi dugaan menjadi artis.masa ni aku rasa nak nangis sangat. teringat aku pada arwah abang soleh.sedih aku.waaaaaaaaaaaaaaa.

lepas HIJJAZ IN PERSON,peserta di berikan makan tengahari.lepas makan tengahari,peserta di minta ke surau untuk sembahyang zuhur berjemaah.selepas sembahyang zuhur berjemaah, INTEAM IN PERSON pulak ambik alih HIJJAZ IN PERSON.ahakssssss.
aku tak tengok sangat INTEAM IN PERSON.semua urusetia muslimat masing-masing buat persiapan untuk acara berkumpulan selepas INTEAM IN PERSON.

selepas tamat INTEAM IN PERSON,acara berkumpulan di mulakan dengan membicarakan tentang topik IDOLA VS FANATIK. semua peserta di kehendaki menceritakan siapa IDOLA mereka dan meluah kan segala yang terbuku di hati mereka tentang IDOLA mereka.kelako sangat bab ni.macam-macam IDOLA diorang ni.

lepas perbincangan antara kumpulan majlis bersurai pada pukul 4.30 petang dan semua peserta di kehendaki bersiap-siap untuk menunaikan solat asar berjemaah.lepas solat asar,peserta muslimin bermain untuk acara sukaneka dan peserta muslimat bermain jambatan gantung dan sebagai nya di bahagian belakang .semua peserta di bahagikan kepada dua kumpulan bagi senang urusetia mengawasi semua peserta.satu kumpulan bermain dengan jambatan gantung dan lagi satu kumpulan yang di ketuai oleh aku dan angahfaezah bermain alaaaaa yang bergayut ala tarzan tu.kelako sangat biler tengok diorang bergayut.tak ramai peserta muslimat yang berani nak cuba permainan ni.ahaksssssss.diorang takut terjatuh dalam air.ekekekekekekeke.

tapi kan,aku bangga ah dengan peserta dari sg buloh.diorang ni best,sporting giler.ahaksssss,mentang-mentang ah aku dok sg buloh.sebab aper tau aku kata diorang ni best.diorang ni tak takut nak cuba sesuatu yang diorang belum pernah cuba pastu antara ramai-ramai tu diorang lah yang havoc giler.pastu lagi dalam ramai-ramai peserta diorang ni lah yang lepas rintangan air tu walau pun berkali-kali jatuh dalam air.ahaksssssss.diorang ni memang bestttt sangattttttttt.syabas SUNGAI BULOH GURLS.ahaksssssss

lepas jerk acara permainan selesai semua peserta di kehendaki berkumpul di dewan makan untuk acara minum petang.hari ni semua peserta di berikan minum petang sebab makan malam untuk malam ni lewat sikit sebab diadakan barbecue.lepas minum petang siap-siap untuk acara malam ni iaitu MALAM UJIBAKAT.

Mc pada malam ujibakat ialah syahril INTEAM.peserta ujibakat pada malam ni terdiri dari beberapa buah kumpulan dan solo.Tujuan ujibakat diadakan ialah untuk mencari artis di bawah naungan HME.Dalam ramai-ramai peserta ujibakat tu aku berkenan ngan satu group dari kelantan iaitu ALL WISE.Kumpulan ALL WISE ni dari sekolah maahad muhammadi lelaki,kota bharu,Kelantan.salah seorang anggota kumpulan ALL WISE tu anak buah aku lak tu.ahaksssssss.

aku ni memang pantang kalau jumpa orang yang sama negeri ngan aku ni.memang aku ni gatal mulut nak gi tegur.aku pun tanpa segan silu ngan kawan aku siti barirah pergi lah tegur bebudak kelantan tu.ermmmmmmm,memula aku tegur diorang aku puji lah persembahan diorang.ahaksss.taktik maaa.pastu mula ah melalut-lalut.ahaksssssss.ekekekekeekekek.

aku ngan kawan aku si siti barirah ni borak ngan bebudak kelantan sampai tak ingat dunia tu.ahaksssssss.masa tu dah pukul 12 lebih maaaaaa.tak teringat lak aku yang diorang ni peserta .kena tidur awal maaaaaa.esok nak bangun pagi.ekekekekek.

lepas dah habis borak aku pun memohon diri nak balik chalet.balik ke chalet aku pun terus tukar baju dan tidur.penat giler aku hari ni.macam ni rupa nya jadi urusetia.memang meletihkan.aku terus tidur sampai pagi.ZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz.


2 jun 2002 - ahad


hari ni aku bangun pukul 6 lebih dan tak sempat jugak aku nak ke surau berjemaah.nampak gaya nyer kena solat subuh kat bilik jer lah.hari ni lepas aku mandi terus aku siap-siap dan pergi ke bilik urusetia kat sebelah ngan bilik aku.diorang tengah bersiap-siap.kak atie mintak tolong kat aku tengok-tengokkan sama ada sarapan pagi untuk pagi ni dah siap ke belum.dia mintak tolong sebab dier tak sempat nak tengokkan.

lepas peserta semua selesai sarapan pagi,peserta-peserta semua di minta berkumpul di padang untuk acara terakhir iaitu acara bergambar bersama artis.sebelum acara bergambar bersama artis,semua peserta di berikan sekeping poster artis-artis HME untuk di tandatangani oleh artis-artis HME.

lepas tu,setiap kumpulan di beri peluang untuk mengambil gambar mereka bersama artsi-artis HME.lepas acara bergambar,acara bebas iaitu sessi autograf.masa sessi autograf ni lah aku ngan kawan aku siti barirah tu ambik kesempatan sekali lagi borak dan ambik gambar ngan kumpulan ALL WISE.ahakssssssss.ambik kesempatan jerk aku ni kan.ekekekekek.

aku rasa kan ALL WISE boleh ah jadi artis under HME.diorang punya vokal punya lah mantap.bab acapella yang aku suka sangat-sangat.hehehhehehe,aku harap sangat HME ambik diorang ni jadi artis.diorang ni memang ah penampilan tak der tapi penampilan boleh di bentuk maaaaaa.diorang ni dah mula di minati oleh peminat-peminat hijjaz,inteam,unic dan aeman sendiri.ahakssssss.

lepas habis sessi ambik gambar sessi borak belum habis lagi maaaaaaa.tak sangka lak aku ketua kumpulan ALL WISE tu ajak aku ngan kawan aku keluar bawak diorang jenjalan esoknyer.diorang dok harap sangat aku ngan kawan aku ni boleh teman diorang sebab diorang tatau sangat area kl ni.takut sesat lah konon nyer.hehehhehehe.kata jer lah sajer nak ajak aku kuar.ekekeekekek.aku pun kata lah kat diorang nanti ah aku fikir dulu.sebenar nya nak cari alasan nak cakap ngan mak aku.ekeekekeke.

tengah-tengah borak tu bas yang akan membawa kami semua ke kl sentral pun sampai.tiba lah masa nya kami semua berangkat pulang meninggalkan El-Azzhar Camp yang meninggalkan seribu satu kenangan buat kami semua.kenangan indah yang tak mungkin boleh kami lupa kan.

aku sorang jerk urusetia yang balik naik bas.sajer jer nak naik bas.tu pun sebab kawan aku yang ajak maaaaaa.kalau tak aku naik van jerk.sajer jer nak merasa naik bas.masa dalam bas tu aku tido sepanjang jalan nak ke kl.penat giler maaaaaaaaa.sedar-sedar jer bas dah sampai kat bandar sunway.punya lah lama aku tido.

sampai jer kat kl sentral terus aku ngan kawan aku ni cari makan dulu.kalau aku pergi kl sentral tu aku makan mcdonalds jerk.sempoi maaaaaaa.lepas makan terus aku balik rumah.sesampai jer aku kat rumah terus aku meluru ke komputer aku ni.windu giler ah aku kat komputer aku ni.ekekekekek.aku ni memang ah tak kenal erti penat.tu mak aku yang cakap.ahakssssssss.

malam tu plak biler mak aku balik dari rumah adik dier terus aku mintak permission kat mak aku.aku kata ah kat mak aku,aku nak pergi teman kan budak-budak kelantan jalan-jalan kat kl.mak aku automatically terus bagi permission kat aku.mak aku pun samer ngan aku,pantang dengar nama kelantan tu.ahakssssss.pelik aku.kalau aku nak kuar ngan kawan lelaki aku yang lain jangan harap ah mak aku terus nak bagi permission senang-senang camtu.kena fikir dua tiga kali gamak nyer.ahakssssss.

lepas mak aku bagi permission tu terus aku call budak ALL WISE nama die fadzli.punya lah suka diorang biler aku cakap aku setuju nak kuar ngan diorang.ahakssssss.

malam tu terus aku tido nyenyak sambil membayang kan esok camaner lah ek gaya nyer aku kuar ngan bebudak tu.ekekekekeek.


Friday, May 03, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 8:31 PM ||

assalamualaikum semua geng jernal,



lama rasa nya aku tak sentuh keyboard komputer aku ni.rindu rasa nya nak berjernal semula.aku sekarang amat sibuk ngan kerja aku hingga membatas kan diri aku ni untuk berjernal.sekarang ni aku dah ader boss rasmi.ahaksssss.boss rasmi nya ialah abah aku sendiri.abah aku akan bayar gaji tiap-tiap bulan.Dah hilang lah status seorang penjual anggur di kampung kubu gajah sg buloh ni.

aku sekarang ni tiap-tiap hari kena hantar dan ambik adik aku yang form 5 tu pergi dan balik sekolah.dier pergi dan balik tuisyen aku gak yang kena hantar dan ambik.thats why lah ramai yang gelar aku sebagai SUPIR.ahakssssss.tapi jangan memain tau ni supir bergaji maaaaaa.abah aku bayar tiap-tiap bulan gaji aku.kesian aku kan bergelar supir.ekekekeekek.dalam masa aku bergelar supir aku tetap melaksana kan tugas menjahit aku.aku menjahit pun di bayar gaji maaaaaa.

buat masa sekarang ni aku tengah sibuk menyiap kan langsir dan alas dulang untuk majlis perkahwinan abang aku.iskkkkkkk,tak sabar lah pulak aku nak menerima kakak ipar.ahakssssssss.sebab tu sekarang ni mak aku tak bagi sangat aku berinternet ni sebab aku kena buat kerja aku.kan aku kerja ngan abah aku.so,aku kena lah ambik hati abah aku.karang kata aku makan gaji buta jerk.kerja haram tak siap asyik berinternet jerk.

peristiwa semalam mengingat kan aku kat korang semua geng jernal.aku rasa kalau aku tak terserempak ngan presiden geng jernal kan mesti aku tak mula lagi tulis jernal ni.peristiwa aku terserempak ngan abang mie menguat kan semangat aku untuk berjernal semula.aku terserempak ngan abang mie semasa kami sedang sama-sama mengharungi traffic jam di komuter sg buloh.selalu nya aku tengok dier segak bergaya dengan motor nya,tapi semalam aku tengok dier segak bergaya sambil memandu kereta kancil dengan macho nya.aku sempat ah angkat tangan kat dier.aku rindu sangat-sangat kat korang semua expecially abang ludi.ahaksssssss.gurau jerk (jangan jadi kontroversi sudah ah).

sebenar nya aku rindu sangat-sangat kat jernal aku ni.sorry ek sebab lama sangat tak menulis dalam ni.kesian teddy bear aku tu.ahakssssss.sempena dengan pembukaan semula jernal aku ni.aku siap buat layout baru lagi.lama tu aku nak create layout baru.terima kasih banyak-banyak aku ucapkan pada adik aku,aisyah yang sudi tolong aku buat layout baru ni.kalau nak harap aku buat sorang hampeh tak tau buat.aku harap korang semua berpuas hati ah ek ngan layout baru aku ni.

aku rindu nak jumpa korang semua.biler korang semua nak buat gathering cam selalu tu.kalau korang buat gathering kali ni kalau tak der aral melintang aku sure nak jadi orang pertama yang hadir gathering tu.ahakssssss.tapi,sekarang ni aku tak leh janji untuk berjernal tiap-tiap hari.ni aku update jernal ni pun sebab hari ni aku cuti.cuti sabtu pertama maaaaaaa.kalau tak cuti aku tak sentuh langsung internet.aku nak tumpukan perhatian pada kerja aku.aku nak bergelar orang yang berjaya dalam hidup.aku nak bukti kan pada mak ngan abah aku yang anak dier ni walau pun tak belajar tinggi (diploma) tetap boleh berjaya cam orang lain.aku tanak di gelar anak tak mengenang budi.mak bapak keluar kan duit sebab anak nak belajar tapi habuan nya tak nampak pun.

buat masa sekarang ni aku tengah sibuk gak ngan kelab peminat hijjaz iaitu sahabathijjaz.aku kena jadi ajk untuk program jalinan sahabathijjaz yang akan diadakan di el-azhar camp di morib pada 31hb mei hingga 2hb jun 2002.sesiapa yang berminat nak sertai program ni boleh lah call aku di talian 017-3558872.penyertaan terhad tau.saper cepat dier dapat.terbuka kepada semua.bayaran nya cuma rm100 jerk.jom ah ikut aku gi program tu best wooooo.boleh jumpa artis woooooo.antara artis-artis yang terlibat di dalam program tu ialah hijjaz,inteam,ae-man dan artis baru di bawah naungan HME iaitu UNIC.aku percaya mesti ader di antara korang semua dah dengar lagu artis baru ni.menyengat woooooo.aku suka sangat lagu diorang yang berjudul HANYA TUHAN YANG TAHU.kalau sesaper yang belum beli lagi kaset kumpulan UNIC tu harap beli ah.sedap-sedap woo lagu dalam album tu.

korang semua dah beli ker kaset UNIC,SAUJANA ngan NOWSEEHEART.lagu-lagu dalam album diorang best-best.tak macam album diorang sebelum ni.1st time aku dengar lagu nowseeheart (masa tu aku tak hayati dier punya senikata)aku pun berkata-kata dalam hati aper punya lagu lah ni.sekarang ni biler aku dah hayati dier punya lirik ok ah, not bad.kumpulan nasyid sekarang ni dah power.guna gitar dalam irama diorang.tak per,selagi benda tu tak jatuh haram tak per.ahaksssss.

dalam album saujana lak aku amat tertarik ngan lagu rahsia (ala-ala rap gitu).sampai kan adik aku kata camaner lah diorang ni kalau buat persembahan nyanyi lagu rahsia.ahaksssss.tapi memang giler best ah lagu tu.aku minat semua lagu dalam album saujana.ekceli aku minat saujana sejak dulu tapi,album saujana yang baru ni aku suka sangat.kena ngan imej diorang.imej muda remaja gitu.di sini aku serta kan lirik RAHSIA.

RAHSIA

Ada rahsia itu urusan Dia,
Pencarian sia-sia,
Tiada siapa yang tahu,
Bila,masa ,tempat dan waktu..ajalmu.

Rahsia maut dan nyawa,
Rahsia hari yang telah di janji kan,
Hanya dia yang tahu,
Dialah penentu,itu urusan nya,
Kau hanya berusaha,jangan banyak tanya.

Rahsia...biar pecah di perut,
Jangan pecah di mulut,
Rahsia ada di atas sana,hanya di atas sana,

Terbongkar akhirnya,terbongkar rahsia,
Bila ia menjelma,bila ia datang menjelma,
Apabila rahsia oh datang menjelma,
Baru kau tahu siapa Dia.......


dalam album unic pulak aku minat lagu hanya tuhan yang tahu dan ainul mardhiah.lagu hanya tuhan yang tahu tu bawak kenangan pada aku sebab aku 1st time dengar lagu tu masa kumpulan unic recording kat studio NAR records.masa tu secara kebetulan aku gi saner sebab kat ofis hijjaz tak der orang.so,aku ngan kawan aku pun terus pergi ke studio sebab diorang kata diorang tengah recording.masa masuk studio tu telinga aku menangkap satu bunyi lagu yang best giler.terus menusuk masuk dalam hati aku.di sini aku serta kan lirik HANYA TUHAN YANG TAHU dan ainul mardhiah.

HANYA TUHAN YANG TAHU

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih


AINUL MARDHIAH


Diri-mu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagi syuhada
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gaya-mu wahai seorang putri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buat-mu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Ooh.. Tuhan
Bisakah di cari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih


dalam album nowseeheart pulak,aku tertarik ngan lagu keluarga bahagia.lagu tu biler aku 1st time dengar terus aku rasa nak nangis giler.aku teringat kat mak ngan abah aku.di sini aku serta kan lirik KELUARGA BAHAGIA.


KELUARGA BAHAGIA

Bahagia seluruh semesta,
bermula dari keluarga,
dari titisan susu ibu tercinta,
mengalir lah sungai kasih abadi.

tumbuh dari keringat ayah,k
kita perah pengorbanan nya,
yang melimpah,
derai air mata nya mengalir,
di darah kita terbina cita-cita.

rentas lah seribu lautan,
kembara lah ke seluruh alam,
takkan kau temui,
semurni cinta 2x,
keluarga.

langkah remaja mu di tusuk sembilu,
kembara dewasa mu di amuk nafsu.

ingat lah pesan ibu,
kenanglah pesan ayah,
kembali lah.......
ke jalan ALLAH.....

sayangi keluarga.....
di situ lah bahgia.....

aku ni kalau korang semua nak tau fanatik giler ngan irama nasyid ni sampai kan aku pernah bertekak sorang budak ni pasal penggunaan gitar dalam irama nasyid aku pun naik angin ah biler dier kata penggunaan gitar dalam irama nasyid haram.aku pun aper lagi keluar kan ah aper yang pernah Qardawi kata,lebih kurang camni ah.

dier cakap kat aku eh guna gitar haram ah dalam nasyid.pastu aku jawab balik kat dier aper tau,kereta tu kan sejenis alat,komputer pun sejenis alat...tul tak??pastu dier jawab ah betul.kenaper komputer tak haram??kenaper kereta tak haram?kenapa perlu haramkan gitar??kalau kereta yang kita pakai tu,kita bawak gi masjid dengar ceramah,pergi cari rezeki,pergi tempat elok-elok, benda tu betul lah kegunaan nye.tak salah lah aklau kereta tu di gunakan ke arah islam.macam tu jugak ngan gitar ni.kalau bagi kat HIJJAZ,RAIHAN,RABBANI ker elok lah.cuba gitar tu kita bagi kat kumpulan search ker wings kerr.salah lah penggunaan nya.dok melalak tak tentu pasal.insyaallah akalu bagi kat kumpulan nasyid insyaallah penggunaan nye ke arah yang betul.terdiam terus budak tu tak kata aper.nak kritik kumpulan nasyid tengok orang dulu lah kawan.jangan nak kritik tanpa asas yang kukuh.ahaksssss.merah padam muka budak tu.ahaksssss.aku kesian giler kat dier.moga-moga lepas ni kan dier minat lah irama nasyid.ahakssssss.inteam sendiri tanya NIK AZIZ pasal muzik ni.pastu tup-tup nik aziz jawab hukum nya harus.nak aper lagi.

ok lah,aku rasa dah banyak aku membebel.aku rasa sampai di sini sahaja penulisan jernal aku untuk hari ni.bye.


Monday, April 22, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 7:53 AM ||

aku tau aku kena mintak maaf banyak-banyak kat korang semua sebab aku dah lama sangat-sangat tak update jernal aku ni.aku sentiasa sibuk ngan bisnes sekarang ni.lagi pun aku baru lepas sibuk buat hantaran untuk majlis pertunangan abang kesayangan aku.aku janji lepas ni aku akan update tetiap hari.


 

 

DarkCounter