Sunday, December 30, 2001

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 5:55 AM ||

assalamualaikum,

bertemu lagi kita di jernal ni ek.alhamdulillah,tuhan masih benarkan kita hidup di dunia ni lagi.hari ni aku rasa cam nak pengsan jerk.tapi tak jadi ah nak pengsan sebab malam ni juara lagu beb.terus aku tak jadi nak pengsan.aku cuba gak gagah kan diri untuk bertahan demi juara lagu.sanggup beb.

hari ni aku berjalan sakan,dari pagi aku kuar sampai nak dekat maghrib baru balik.maner tak letih.dah lah tak der co-pilot.aku sorang jerk jadi pilot nyer.mendera aku jer kawan-kawan aku ni.dari pagi tadi,aku gi selayang hantar abang aku gi hospital selayang sebab dier nak ambik keta awek dier kat hospital selayang.biaser lah tu awek nurse.lepas aku gi hantar abang aku,aku gi selayang baru lak sebab nak ambik kawan aku yang tak der transport nak gi beraya.lepas jerk aku ambik kawan aku kat selayang baru,terus aku ambik kawan aku kat uia lak.lambat betul aku tunggu kawan-kawan aku bersiap,macam makcik-makcik nak pergi kenduri kahwin lak.

lepas jerk aku pergi uia,terus kitorang gi beraya kat taman permata,kl.kawan aku tu buat open house,isk isk isk,tak abis-abis lagi ek open house kat kl ni,kalau kat kelantan ni dah lama habis.tahun ni,aku tak merasa buat open house.sebab nya,abah aku baru balik dari umrah pastu aku tanya lah abah aku,biler nak buat open house?pastu,korang nak tau abah aku jawab aper,kalau orang nak datang biar dier datang tak payah nak buat open house open house ni.sedey giler aku.bukan nyer aper,dah lah tak pernah miss buat open house,tup tup tahun ni abah aku tak buat open house.tak boleh aku nak ajak kawan-kawan aku datang rumah aku yang besh ni.tak boleh aku jemput artis-artis nasyid yang aku kenal tu.diorang tu bukan nyer aper,diorang bukan nyer nak datang rumah aku,melainkan aku buat open house.sebab diorang kata menu kat rumah aku lain dari rumah yang lain.korang mesti nak tau kan aper menu nyer,menu nyer ialah nasi dagang kelantan.mesti meleleh air liur korang dengar menu ni.

berbalik pada citer aku gi beraya tadi,kitorang pun bertolak lah ke taman permata dengan sebuah KEMBARA SAKTI.ekekekek.dengan penumpang nyer seramai lima orang.kitorang bukan nyer tau sangat area taman permata tu.habis satu taman tu kitorang tawaf.dekat setengah jam baru kitorang jumpa rumah kawan kitorang tu.rupa-rupanya rumah dier dah banyak kali kitorang lalu,tinggal lagi rumah dier tu tak der signboard number jalan.buat penat orang jerk.lepas jerk aku beraya kat rumah kawan aku tu,aku pergi lah beraya kat rumah sorang penasyid ni.kalau korang nak tau saper, kitorang gi rumah ahli kumpulan inteam yang kebetulan dekat dengan rumah kawan aku.bukan aper,kitorang ni memang kenal ngan dier.tapi aku 1st time lah pergi rumah dier.best nyer,mak dier sikit punya baik.

lepas beraya rumah ahli kumpulan nasyid tu,kitorang pergi beraya kat bilik kawan-kawan aku kat uia.dok kat bilik diorang pun ader kuih raya,malu lak aku,sebab diorang walau pun dok kat bilik pun ader kuih raya.aku ni dok kat rumah pun tak der kuih raya.kuih raya aku tahun ni di ganti ngan kurma arab.kan mak ngan abah aku baru balik dari mekah.biaser lah tu,sesekali tukar angin.beraya kat uia tu bukan nyer satu bilik tapi sampai empat bilik.kenyang perut aku ngan kuih raya.lepas jerk habis empat buah bilik aku lawati,aku bergegas mintak diri nak balik sebab aku baru teringat mak cik aku yang selama ni dok jaga aku adik beradik nak balik malam ni.aku,aper lagi terus memecut kembara sakti aku ke selayang,sebab aku nak hantar kawan aku yang menumpang keta aku tadi.lepas tu terus aku memecut balik rumah.nasib baik sempat jumpa makcik aku.

lepas jer aku salam makcik aku,terus aku masuk bilik mandi dan solat maghrib.lepas solat maghrib,terus aku melekat pulak kat depan komputer ni.ok lah geng,aku nak tengok juara lagu ni.

aku suka sangat sebab yassin menang.sebab aku suka dier.ekekekek.tapi suka as artist lah,jangan nak anggap bukan-bukan ek.masa diorang umumkan yassin menang juara lagu 2001 punya lah aku menjerit siap ngan lompat-lompat lagi,nasib baik rumah aku tu kukuh.kalau tak maunyer roboh rumah aku.pastu aku dapat call dari abang aku,dier tanya aku,haaaaa puas hati yassin menang.pastu aku cakap lah puas,pastu abang aku cakap tu lah dulu ko kutuk-kutuk dier haaaaaa sekarang ko tengok rm37,000 dier bolot sensorang jerk.ekekekeek.tu lah pengajaran jangan sesekali mengutuk kebolehan orang.ok lah time to sleep.malam ni aku puas sangat.eekeekekek


Saturday, December 29, 2001

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 5:23 AM ||

maka dengan rasminya terlahir lah izzah's online journal dengan bantuan seorang sahabat,aku tak boleh lah enterprem nama dier kat sini.kang tak pasal-pasal glamer lak dier.aku malas nak glamer kan dier.ekekeek.jangan marah ek my fren.kepada semua sahabat-sahabat jernal,aku ni orang baru.so, aku harap korang boleh lah menunjukajar kan aku kalau aku silap ker ek.

hari ni aku rasalah kan hari paling bz buat aku.pagi-pagi lagi aku dah kena kuar ngan mak aku nak cari ikan dan ayam untuk di buat nasi dagang.nasib baik aku tak mula kerja lagi.jadi driver jer aku hari ni.terpaksalah aku lupa kan tido aku.balik dari beli ikan,terus aku tukar uniform kena pulak basuh kereta kesayangan aku tu,KEMBARAKU.

lepas tu bawak mak aku pergi kenduri lak kat rumah kawan dier.mula nya aku tak nak pergi tapi terpaksa sebab kan aku dah cakap aku kena jadi driver mak aku hari ni.driver tak bergaji.dah lah aku ngan adik aku kena bercampur ngan makcik-makcik kat situ.kalau tengok kitorang berdua jer yang masih anak dara.yang lelain tu semua makcik-makcik,rasa macam nak balik time tu jugak.tapi kesian lak kat mak aku.

hari ni aku tak tau lah kenaper aku seronok sangat dapat jumpa ngan kengkawan aku,yang dah lama tak jumpa.pastu diorang siap bawak kawan diorang lak tu,kawan diorang tu tak lain tak bukan awek kumpulan nasyid yang tengah meningkat naik sekarang.dah lah lama aku tak jumpa diorang,ah apa lagi riuh sekampung ngan suara kitorang jerk.lepas diorang beraya kat rumah aku,kitorang berkonvoi 3 buah keta pi raya rumah kawan kitorang yang lelain lak.
pastu,balik nak dekat maghrib.nasib baik lah abang aku yang garang tu tak marah.ekekekek.dah lah esok nak jalan lagi.raya sakan aku tahun ni.biaser lah kan orang tak mula kerja lagi.

mesti korang semua tertanya-tanya kan kenaper lah aku tak mula kerja lagi.aku ni sebenar nya berkerja sebagai kalau dalam bahasa omputih nyer orang panggil fashion designer,kalau dalam bahasa melayu nyer pulak,pereka fesyen.kelas tak aku punya kerja.mesti kelas kan.sebab tu lah aku tak mula kerja lagi sebab sekarang ni tak der tempahan lah.so, aku melepak jer lah kat rumah ngan komputer kesayangan aku ni.dan kalau aku boring aku kuar dating ngan KEMBARA.ekkekekek.kalau korang semua nak tempah baju tak payah fikir nak tempah kat saper,korang meh tempah kat aku.jer.harga aku bagi spesel punya.
ok lah,aku rasa aku ni dah banyak berceloteh.

aku nak ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat jernal yang telah memberi galakan kepada aku untuk membuka jernal ni.sekarang ni aku dah berjaya hasil kan.yes aku berjaya.tapi tak lah secanggih jernal korang semua.dan lagi satu,terima kasih yang tidak terhingga kepada seorang sahabat yang aku citer kat atas tu lah,nama dier rahsia lagi.kalau tak der awak,saya rasa saya tak bukak lagi jernal ni.thank you very much.

"buah cempedak di luar pagar,ambil galah tolong jolok kan,
saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan".

korang ni tak reti-reti lagi,lepas baca jernal ni harap sign guestbook ok.aku amat memerlukan sokongan korang semua.

sekian saja dari saya izzah.


 

 

DarkCounter