Sunday, January 27, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 12:41 PM ||

*bengang gilerrrrrrrrrrrrrr*

semalam aku tak tau lah aku sakit hati sangat-sangat ngan sorang mamat tu.maafkan aku kerana aku memanggil kau as mamat.dulu memang aku respect giler kat dier.tapi peristiwa pagi tadi yang telah menghilang kan ke'respect'an aku pada dier.aku respect kat dier bukan aper,dier ni datang nyer dari keluarga islamic.kebetulan pulak aku kawan ngan anak sedara dier.anak sedara dier pakai furdah dan seorang hafizah.selama ni aku suka berkawan ngan dier.kitorang memang tak pernah jumpa.biaser lah kan,faham-faham jer lah kalau family dah islamic dier pun turut terlibat samer lah kan.kami masing-masing segan nak jumpa face to face.internet dan telefon yang jadi penghubung kitorang.sebelum ni aku memang tau dier dah tengok gambar aku dalam komuniti sahabathijjaz dan dier cakap ah tak per dier tak kisah dan tak memilih kawan.

entah camaner biler aku bukak komuniti aku dan aku letakkan gambar aku pakai baju pengantin,terus dier sms aku semalam dan bagitau kat aku jangan call dier dah dan jangan ganggu hidup dier.aku pun terkedu.terus aku balas sms dier dan aku tanya aper salah aku.dier off plak handphone dier.aku tunggu ah esok nyer untuk bagi sms kat dier.aku tanya lah dier aper silap aku.pastu dier balas,kenaper masih nak ganggu hidup dier lagi.aku balas balik aku cakap ah aku takkan putus asa selagi aku tak tau aper silap aku.lepas tu dier balas lah sms aku tu dan dier telah menghina aku.uwaaaaaaaaa.time tu jugak terus menitik air mata aku.sedih giler.aku tak sangka dier buat aku camtu.selama ni aku anggap dier kawan aku yang terbaik.selama ni kitorang boleh bercerita masalah masing-masing.mesti korang semua nak tau kan aper isi sms dier tu. isi nyer berbunyi camni,

"AWAK TAK L*W* DAN G*M*K SANGAT.........I HAVE TO SAY THIS TO MAKE YOU UNDERSTAND.PLZZZZ DON'T EVER CALL ME AGAIN".

aku tau saper diri aku.kalau dier tak suka aku sekali pun tak payah lah nak hina dan caci aku sedemikian rupa.aku benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat-sangat kat dier.kenaper dier tak terus terang dari awal yang dier tak suka kawan ngan aku.kenaper seksa aku camni.kenaper dier buat aku camni.kenaperrrrr kenaperrrrrrrrrrrrrrr?uhuk uhuk uhuk.sedih ah aku.pastu aku pun tanya lah kawan aku yang anak sedara dier tu kenaper paksu dier buat aku camtu,dier pun tatau.dan dier terkejut giler dan tak sangka paksu dier camtu dan dier kata "tak suka ah paksu kiter buat kat awak camtu".dier ingat dier tu bagus sangat ker.pastu aku cakap ah kat dier tak baik cakap paksu awak camtu pastu terus dier tersedar dan mintak maaf jikalau dier ader terlibat sama.aku cakap ah kat dier awak tak payah mintak maaf kat saya,awak tak salah langsung ngan saya.

pastu aku call plak kawan aku dan citer kan masalah aku kat dier dan dier pun tak caya mamat tu boleh buat kat aku camtu.pastu aku cakap ah kat dier tak per lah nak buat camaner dan aku cakap kat dier lagi aku nak doa lah semoga ape yang dier buat kat aku akan berbalik pada dier.bukan aper,selalu nyer doa untuk insan-insan yang teraniaya,di hina dan di caci akan di makbulkan TUHAN.pastu kawan aku cakap tak baik ah kalau niat kita nak balas ker aper ker.baru ah aku tersedar lepas tu.astaghfirullahalazim.

*tengok wayang*

kira nya hari ni aku dok nangis sampai tengahari,adik aku pun dah naik risau.dier pun ajak aku gi umah bakal kakak ipar aku kat taman tun.sajer nak hibur kan hati.aku sampai rumah kak ya tu dalam pukul 3 and balik pukul 6 lebih terus aku gi jemput sepupu aku kat sri damansara sebab malam ni die nak belanja kitorang tengok wayang citer KL MENJERIT.best ah citer tu.kisah cinta.kelakar pun ader.kitorang sampai kat midvalley kol 8 lebih.pastu,terserempak lah wahid senario ngan awek dier.naik motor.motor bukan nyer calang-calang.motor cagiva lagi.kelas tu.pastu terus kitorang masuk nak beli tiket.kitorang ingat kan ader lah tiket.tengok-tengok show yang kol 9 malam SOLD OUT.pastu tengok ah show kol 11.20 malam.tengok jer lah,kebetulan sepupu aku tak kerja esok.aku boleh bagi 3 bintang ah citer tu.rosyam noor berlakon cair aku.memang best ah tambah lagi ngan gelagat apek.kelakar.

lepas habis tengok wayang mak aku tak bagi kitorang melencong ker maner2 atau singgah minum kat maner2.lepas send sepupu aku,terus aku memecut keta aku balik ke rumah.aku sampai rumah pukul 2.15 pagi.tak pernah lagi aku balik rumah selewat ni.selalu nyer kalau balik lewat pun mesti ngan mak abah aku.balik tu sempat fikir gak tu,mungkin mamat tu tak suka aku letak gambar tu sebab jadi tumpuan umum.tapi,biler aku fikir balik dier tak der hak nak halang aku nak letak gambar aku kat memaner sekalipun.dier tu bukan nyer suami aku.aku terfikir benda ni bukan aper,kan dier tu islamic.agak nyer memang dier tak suka kot.

SELAMA NI KITA BERSUSAH PAYAH MAMBINA SESEBUAH PERSAHABATAN,MENGAPA DENGAN MUDAH ENGKAU MEMUTUSKAN SESUATU PERSAHABATAN ITU.SIAPA KAH YANG BERSALAH DALAM HAL INI, SIAPA YANG HARUS DI PERSALAHKAN.

YA ALLAH YA TUHAN KU, AKU TABAH YA ALLAH MENERIMA UJIAN DARIPADA MU. JIKALAU INI LAH UJIAN MU UNTUK HAMBA MU INI, AKU REDHA YA ALLAH. TABAH KAN LAH HATI KU INI DALAM MENERIMA UJIAN DEMI UJIAN INI YA ALLAH.

KEPADA FIRDAUS a k a AUS. AKU DOAKAN SEMOGA ENGKAU AKAN MENDAPAT KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. DAN SEMOGA ENGKAU BERBAHAGIA DI SAMPING ORANG YANG TERSAYANG. AKU HANYA MAMPU MELIHAT KEBAHAGIAAN DAN MENGETAHUI KEADAAN KAU DARI JAUH SAHAJA. DAN KETAHUI LAH, MULUT AKU MEMANG MENYATAKAN BENCI AKAN TETAPI HATI KU TETAP SAYANG DENGAN UKHUWAH YANG TERBINA ANTARA KITA BERDUA. KALAU BOLEH AKU MAHU KAU MENJADI SAHABAT AKU DUNIA DAN AKHIRAT.DAN SAMPAI SEKARANG AKU MASIH BERFIKIR MASIH ADA JALAN KAH UNTUK KITA BERSAMA LAGI MELAYAR BAHTERA PERSAHABATAN KITA BERDUA. AKU AMAT BERHARAP KAU TERIMA LAH DIRI KU SEADANYA.SEPERTI YANG KAU TELAH NYATA KAN PADA KU SUATU WAKTU DULU.AKU TAHU SEMUA ITU BUKAN NYA DATANG DARI HATI KAU AKAN TETAPI IA LAHIR DARI MULUT KAU.

ok lah,aku dah tak boleh menaip lama-lama.sedih sangat ni.tengah nangis ni.sedih giler ni.ok lah semua nak tido dulu.nak tenang kan fikiran.


Saturday, January 26, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 3:16 AM ||

maaf,maaf,maaf dan maaf.aku mintak maaf banyak-banyak kat korang semua expecially yang tertunggu-tunggu aku update jernal aku ni.siap sms aku lagi suruh aku update jernal.ahakssss.prihatin nyer dier kat aku.nasib baik lah aku ader kawan camtu.susah tu nak cari kawan yang prihatin kat kita ni.sebenar nye lama aku tak update jernal ni sebab aku tak sihat lepas aku balik dari johor hari tu.entah kenaper tah satu family tak sihat.bukan nyer aku sengaja atau dah boring tulis jernal ni bak kata sis aku kat kelantan tu.aku takkan boring selagi ramai orangdi belakang aku menyokong aku menulis jernal ni.

hari sabtu lepas aku bertolak ke rembau dan tidur semalaman kat rumah abang aku.esok nyer terus kitorang bertolak ke rumah atok aku kat muar sebab atok aku sakit.masa aku gi umah dier tu,dier baru kuar hospital.tak der lah sakit teruk sangat atok aku tu.orang tua biaser lah.aku sampai saner dalam pukul 11 lebih.pastu,lepas makan tengahari terus kitorang bertolak ke johor.sampai di tol pagoh.sampai kat tol pagoh tu abah aku stop kan kereta terus turun.aku ingat dier nak ambik barang kat belakang.rupa-rupanyer dier nak suruh aku bawak keta sebab dier kata dier ngantuk.

aku pun bawak lah kembara tu.masa aku bawak keta tu tak pasan lak yang aku bawak 140 km/j.mak aku aper lagi bantai bebel lah dier.mak aku ni tak caya sikit kalau aku bawak.sikit pun mak aku tak tido masa aku bawak keta.mak aku takut aku ngantuk.aper lah mak aku tu.yer lah kan ni 1st time aku bawak jauh.tu yang dier risau tu.sayang jugak mak aku kat aku.lepas maka ku tegur tu aku bawak lah 120 km/j.sebenarnya masa aku bawak keta tu aku dah rasa cam mengantuk tapi biler aku tengok cermin terpandang lak abah aku dok lena kat kerusi belakang.kesian lak aku nak suruh dier bawak.nak harap kan mak aku,memang dier ader lesen tapi orang sekarang panggil lesen kopi 'O'.mak aku tak berani nak bawak kat tengah-tengah highway ni.mak aku berani bawak kat kawasan rumah aku tu jerk sebab rumah aku ni kawasan kampung.adik aku ngan maka ku geng ah ader lesen tapi takut nak bawak.

aku pun tahan lah aku punya mata jangan bagi pejam.aku pun bawak lah sampai tol skudai.lepastu tukar lak ngan abah aku.bukan aper,aku tak tau sangat jalan kat johor ni walaupun aku ni bekas penduduk johor.banyak sangat dah perubahan aku tengok.tu yang aku tak berani bawak tu.lepas jer tayar kereta aku jejak kat bandar johor bharu ,terus abah aku kata nak dok kat new york hotel.aku pun cakap ah kat abah aku,alaaaaa abah new york hotel jauh ah ngan city square tu.nanti nak gi shopping susah.terus abah aku kata,kalau camtu kita dok kat hotel mercure ace.pastu aku cakap lagi kat abah aku.tak nak ah hotel tu,tak der swimming pool.nina datang sini nak swimming since kat sg buloh tak swimming.actually,aku selalu swimming kat RAHMAN PUTRA GOLF CLUB.tapi,aku dah lama tak gi swimming,tu yang aku nak swimming puas2 kat jb ni.

lepas tu,terus abah aku menghalakan kereta ke HOTEL PUTERI PAN PACIFIC.lepas check in kat hotel tu,terus abah aku tido keletihan.pastu abah aku bangun sebelum asar.lepas kitorang sembahyang jamak terus kuar dari hotel pergi ke rumah lama aku kat jalan jim quee.tak der orang pun dok situ.rumah tu masa kitorang dok memang lawa siap ader court tenis lagi.lepas jer kitorang pindah,tak terjaga rumah tu.biaser lah kan rumah quarters.besar rumah tu,cam rumah hantu.ahaksss.aku rasa kan saper yang dok jb mesti tau rumah tu kat maner.dier dekat jer ngan flat lumba kuda.aku dengar diorang nak roboh kan dah flat tu,nak buat aper tah.aku pun tatau.kawan mak aku yang cakap.

lepas tu terus kitorang menghala ke gelang patah sebab abah aku nak tengok tempat perasmian tanjung pelepas tu kat maner.bukan aper,nanti esok tak der lah terkial2 abah aku cari tempat tu.semat jugak ah abah aku tunjukkan jalan nak ke utm,sebab esok aku nak kena ambik bakal kakak ipar aku kat utm.dier study kat utm.alang-alang aku dah sampai johor kan,aper salah nyer gi jumpa dier jap.lepas jer abah aku tinjau-tinjau jap tempat tu kitorang pun meneruskan perjalanan ke taman johor jaya sebab aku dah janji ngan budak forum hijjaz yang dok kat johor,kalau aku gi johor aku nak singgah rumah dier.kebetulan lak abah aku ngan abah budak tu kawan masa abah aku kerja kat jb masa dulu.aku sampai jer rumah dier,mak budak tu hidangkan air ngan murtabak.pastu,bermula sessi sosek-sosek aku ngan bebudak tu.mak ngan mak.abah ngan abah dan anak ngan anak.bagus sungguh.

dalam pukul 10.30 malam terus kitorang mohon diri nak balik ke hotel.sampai hotel dalam pukul 11 lebih.lepas sembahyang jamak terus terlena kepenatan.

pagi ni,mak aku kejut suruh bangun subuh.aku ingat pihak hotel tu yang telefon.rupa-rupa nyer maka ku yang telefon suruh aku bangun sembahyang subuh.lepas aku sembahyang subuh terus lepak kat bilik mak aku sebab abah aku nak gi dah.nasib baik aku mintak kunci kereta.semalam,abah aku memang palanning nak pergi sendiri.pastu,pihak KTMB tau abah aku ader terus diorang offer abah aku suruh tumpang pajero KTMB sekali ngan diorang.aku pun sambung tido balik.pastu mak aku kejut sebab aku suruh kejut.kan aku nak swimming.lepas aku mengena kan pakaian mandi.eh,ni bukan swimming suit yang seksi tu tau.tapi,ni swimming suit yang tutup semua tu.sopan gitu.tutup kepala sekali tau.teru aku ngan mak aku turun ke swimming pool.turun-turn tu sejuk lah pulak.aku dah tak tahan dah.lepas swimming lebih kurang 45 minit,terus balik bilik dan bersiap-siap untuk sarapan di cofee house.sarapan free.aku makan puas-puas.buffet ni sekali ngan bilik,dier bagi voucher sorang satu.

lepas sarapan,mak aku balik bilik dan aku pun terus ke utm jumpa ngan bakal kakak ipar aku.fuhhhhh,nasib baik aku tak sesat.dalam pukul 2 tu aku selamat sampai kat hotel.takut gak aku kalau sesat.pastu,naik bilik terus kemas barang-barang sebab, nak check out pukul 3 petang.lepas sembahyang terus aku ke bilik mak aku.lepas siap semua nyer,kitorang pun turun ke lobi hote.turun-turun jer aku nampak semua pakai baju biru.rupa-rupanyer ramai gak pekerja KTMB dok kat hotel ni.aku ingat abah aku sorang jer.

lepas check out terus ke ulu tiram sebab mak aku nak gi umah kawan lama dier.lepas borak-borak terus bertolak balik ke rumah abang aku kat rembau sebab esok nyer abah aku ader kerja kat tampin.aku seperti biaser,biler keta tu dah lepas tol skudai terus abah aku bagi aku bawak.aku pun bawak lah dengan konfiden nyer.biaser ah kan malam aku bawak lah laju sikit.aku bantai 150 km/j.punya lah laju.cam tak caya jer aku boleh bawak laju camtu.aku bawak terus sampai rembau.sampai rembau dalam pukul 9 malam.sampai-sampai jer,lepas sembahyang terus tertido.bangun esok nyer aku kena gi hantar abah aku ke tampin.isk,takut aku jalan nak gi tampin ni bahaya.kereta2 kat situ semua makan jalan.biler nak balik ke rembau,aku doa banyak2 jangan lah aper2 jadi.aku pun bawak ah keta sampai rembau.alhamdulillah aku selamat sampai.

sampai rembau terus aku gi hantar keta suruh ader budak tu cuci.mahal tu,rm 12.aku ingat kat rembau dier bagilah murah.tapi,abang aku kata murah,kenaper aku kena bayar rm 12.entah-entah aku kena tipu kot.agak nyer diorang tak biaser tengok muka aku kat pekan rembau tu.tu yang dier charge mahal tu.dier inagt aku orang baru.tak per tak per.lepas cuci kereta terus balik rumah abang aku dan lepak-lepak.dalam pukul 1 lebih abah aku dah call suruh kitorang ambik dier kat stesen komuter seremban.lepas kemas baju semua.terus bertolak ke seremban ambik abah aku kat komuter.lepas tu,teruskan perjalanan ke kl sebab nak ambik adik aku kat rumah mak long aku kat kg baru.lepas tu balik rumah.biler dah sampai rumah tu lega yang amat.

sepanjang aku dok rumah ni alhamdulillah ader ah orang tempah baju kat aku.ader tak sesaper geng jernal nak tempah baju kat aku ni.aku tengah free ni.tak banyak sangat tempahan,baik korang tempah cepat.ahakssss.

aku rasa sampai sini jer lah aku citer pasal aku gi johor.dan aku janji lepas ni aku akan update jernal ni tetiap hari.

-uwaaaaaaaaaa kesian aku,gi johor sorang pun tak nak jadi pemandu pelancong aku.

-aku nak suruh korang semua join komuniti ni ek.ini lah komuniti hasil kerja tangan aku sendiri tanpa bantuan sesaper.aku nak tunjukkan kat adik aku yang terror pasal web ni yang aku pun boleh gak buat komuniti.biler dah masuk tu bagi komen ek.

www.communityzero.com/impian


Friday, January 18, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 7:39 PM ||

aku nak mintak maaf sangat-sangat kat korang semua.aku tak sempat ah nak update jernal.aku tak sempat update bukan nyer ape.minggu ni banyak sangat interview kerja.tu yang tak sempat menyempat tu nak update jernal.hujung minggu ni lak aku nak gi amkan angin kat johor.saper nak jadi pemandu pelancong aku kat johor angkat tangan.ekkekeekeek.aku pergi johor maybe bawak keta.1st time ni gi jauh-jauh naik keta.gerun gak aku ni.

korang doa-doa kan aku semoga berjaya ngan interview aku ek.aku dah malas dah dok umah.asyik kena leter ngan mak abah aku jerk.boring gilosssssssssss.aku tak leh lama ni.nanti aku balik dari johor aku update lagi ek jernal aku ni.sabar ek.


Tuesday, January 15, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 1:31 AM ||

sebenar nyer aku tak der mood sangat-sangat nak update jernal.hari ni penat giler aku sebab aku kena basuh pinggan ngan periuk belanga kat rumah.kan semalam aku buat open house.sorang budak jernal pun tak datang,even abang mie yang dok dekat ngan rumah aku,tapi tak perlah.aku tak amik hati pun.aku tak kisah maaaaa.lain kali korang mesti datang tau,ekspecially nik.ekekekek.

tak kisah lah tu semua janji semua nyer berjalan lancar.lupa lak aku nak bagitau,entri ni meliputi entri 12,13 dan 14 hb januari.bukan ape,aku kan sibuk.so, tak sempat nak update jernal ni.hari sabtu 12hb langsung aku tak sempat nak update jernal.so,aku update lah hari selasa.sorry lah kalau aku buat peminat-peminat aku tertunggu-tunggu.aku sebenar nyer memang tak der mood.mood aku memang hilang.tak tau dier gi maner.tolong lah,saper yang nak kembali kan mood aku nak menulis jernal ni.aku update jernal hari ni pun dalam keadaan mood aku yang tak menentu.entah kenaper ngan mood aku sekarang ni.

ok lah ni aku citer jadual harian aku pada 12hb ok.kan malam 11hb hari tu aku tido lewat kan pukul 4.30 pagi,pagi tu aku bangun lewat pukul 11 lebih.tak larat sangat badan aku ni.letih giler.bangun-bangun terus mandi dan tolong mak aku buat kek coklat untuk santapan tetamu aku nanti biler open house.siap buat kek coklat dalam pukul 3 lebih nak dekat pukul 4.bukan sebijik mak aku buat tapi,3 bijik lagi.lepas buat kek tu aku tido lagi.memang rasa cam nak demam.isk,kalau aku demam esok camaner ek.kang ader orang bawak buah epal ngan buah oren untuk aku.eheheheheh.bukan nyer datang open house rumah aku,tapi datang melawat aku yang tengah sakit ni.ekekekek.malam pulak aku tak buat aper.just standby tenaga untuk esok.tapi malam tu,aku tetap tido lewat coz aku pergi ambik abang aku yang dok kat singapore.aku pi ambik dier kat pudu raya.lepas ambik dier kat pudu raya,kitorang boleh gi lepak-lepak minum kat uptown lagi.lepak kat kedai mamak.balik pulak nak dekat pukul satu pagi.balik tu dok borak lagi tu.aku bukan nyer aper.baik aku borak sekarang ngan abang aku ni,kalau tak lama lagi lah kitorang nak jumpa sebab jauh kan.dekat pukul 3 baru tido.zzzzzzzzzzz

ni entri 13hb punya ok.hari ni pepagi lagi dah kena bangun sebab nak kena order ayam kat depan lorong rumah aku.banyak kerja lah aku kena buat hari ni.order ayam lah,beli daging lah,memacam lagi lah.adik beradika ku yang lelaki di tugaskan untuk memanjat pokok kelapa.sebab hari ni kat rumah aku menghidangkan air kelapa kepada tetamu-tetamu nyer.balik dari beli ayam ngan daging,aku ngan adik aku di tugaskan menyiang ayam dan memotong daging.sampai merah-merah tangan aku dok memotong daging sebanyak 6 kilo.lepas habis siang ayam ngan potong daging,giliran mak aku pulak dok memasak.aku pulak take turn basuh pinggan.masa basuh pinggan tu,awek abang aku datang.ringan sikit lah beban kitorang.

lepas basuh pinggan,aku tolong abang aku susun bekas nak bubuh makanan dan minuman.abang aku ni dah lah dier ambik diploma pengurusan makanan.kira kalau buat makan,dier hias mengalah kan hotel pulak aku rasa.lepas tu,aku potong kek pulak sebab nak susun-susun kan atas plate untuk letak kek.

lepas susun kek,aku pun masuk bilik sebab nak gosok baju.masa tu dalam pukul 12 lebih lah.masa aku dok iron baju,masa tu adik aku menjerit dier kata sepupu aku dah sampai.bergegas aku pergi kat depan.dengan aku sekali menjerit sebab aku dah lama tak jumpa ngan sepupu aku ni.rindu sesangat.lepas borak lebih kurang terus aku mandi and then tukar baju glamer lagi.ekekekek.biaser lah kan tuan rumah.

aku dah standby dah menerima tetamu.memula tetamu abah aku datang dulu,ader lah 30 orang,pastu dalam pukul 3 lebih,abah aku panggil aku.kata nya hijjaz datang ni.aku tak tipu ni.hijjaz datang rumah aku.memula masa 2 hari lepas aku call diorang kata ade show so,tak janji boleh datang rumah aku ker tak.diorang kata kalau sempat diorang datang.kalau tak sempat tak datang.akhir nya diorang sudi gak datang rumah aku setelah setahun diorang tak jejak rumah aku yang besh ni.ekekekeke.masa tu yang datang cuma abang faizal ngan abang munif serta webmaster diorang yang berkaliber razzi armansur.datang rumah aku habis di jelajah nyer.kata nyer tak payah pergi jauh-jauh lah nak buat video klip.ader ker diorang nak buat video klip diorang kat rumah aku.tak sesuai langsung.

lepas diorang dok kejap,muncul lah satu geng lagi iaitu kak siti and the gang.tak lama lepas tu lak muncul lah seorang lagi minah ni nama dier angahfaezah ngan adik angkat dier.lepas jer diorang sampai,terus sessi makan-makan dan minum-minum bermula.kitorang lepak kat tepi kolam belakang rumah aku.lepas sessi makan-makan,sessi bergambar pulak.memang dah menjadi adat kalau kitorang buat perjumpaan,kitorang akan ambik gambar.pastu gambar tu,webmaster akan upload kan kat showcase laman web rasmi hijjaz. kitorang punya perjumpaan di nama kan JEJAK KASIH.selalu nyer orang cakap gathering kan.kitorang tak nak guna kan perkataan gathering sebab dah ramai orang guna.so,kitorang guna lah JEJAK KASIH.setakat ni kitorang dah buat samai JEJAK KASIH edisi ketiga.JEJAK KASIH edisi pertama diadakan pada tahun baru.edisi kedua di rumah kak tuna.edisi ketiga giliran rumah aku lak.kalau korang nak jadi sahabathijjaz,jom ah join www.hijjaz.com.my.pastu masuk ruangan forum.boleh kita berforum sesamer kat saner.

lepas sessi bergambar,diorang pun mintak diri nak balik dalam pukul 6.30 petang.sedih giler aku nak berpisah ngan diorang.eekekeek.mengader betul aku kan.padahal dekat jerk.start keta jerk boleh sampai bukit lanjan tu kalau nak jumpa ngan diorang.sesajer jer buat sedih.eheheeheh.lepas diorang balik,aku kena kemas ngan basuh pinggan yang diorang makan tadi.kesian aku kan.

malam tu plak giliran rabbani pulak datang bertandang ke rumah aku.rabbani datang ngan isteri dan anak-anak memasing.riuh giler rumah aku.tau lah kan anggota kumpulan rabbani tu bukan nyer sikit.11 orang lagi.dah kalau separuh daripada anggota rabbani bawak anak-anak diorang tak ker riuh rumah aku.penuh ruang tamu tu ngan diorang jerk.diorang tu kira tamu last ah.lepas jer rabbani balik,terus aku start keta nak pi hantar sorang kawan aku ni balik rumah dier kat kelana jaya.sebelum sampai rumah dier dalam pukul 10.30 singgah kedai mamak dulu minum-minum.pastu,dalam pukul 11.15 terus send dier balik rumah.pastu,terus aku balik rumah sebab mak aku kata jangan nak melencong ke maner-maner.so,aku terus ah balik.lagipun aku sorang malam tu.tak berani aku nak jalan sensorang.

balik-balik terus aku ajak abang au kemas dapur.entah kenaper mood aku malam tu nak kemas dapur meluap-luap.mungkin sebab aku suka sangat tetamu-tetamu yang aku jemput semua datang except geng jernal.tapi tak per lah.mungkin lain kali aku buat lagi ek untuk korang semua.aku tak kisah korang tak datang sebab korang telah memberikan alasan yang aku rasa kukuh lah jugak kenaper korang tak datang.

entri ni 14hb punya.hari ni bangun awal.hantar abah aku gi komuter,pastu balik sambung tido balik sebab penat.bangun balik kol 11 lebih.tolong abang aku basuh periuk belanga lak.belum pun aku habis basuh periuk adika ku mintak tolonga ku send dier kat kelas sebab dier kata dier terpaksa pergi kelas tapi tak larat nak naik komuter.banyak songeh betul lah adik aku ni.lepas hantar adika ku,masa tu pukul 2.abang aku dah siap mengemas dah.kalau nak ikut kan abang aku ni rajin sikit dari aku.kalau nak buat kenduri ker open house ker kena tunggu dier balik baru best.dier memang rajin giler tak macam aku yang kurang rajin ni.

balik tu tido jap,pastu pukul 5.30 kuar kl coz hari ni nak celebrate b'day abah aku.terus menuju ke office abah aku.ambik abah aku terus menuju ke park royal hotel.berdekatan ngan sungai wang.sebenar nyer aku tak nak bagitau dalam jernal tapi aku bagitau gak sebab aku nak jeleskan adik aku yang kat kelantan tu.ekeekekekek.tak per sis,nanti awak balik nanti abah bawak jugak awak gi hotel.rileks ek.kitorang dinner kat park royal hotel,candle light dinner lagi.lepas kitorang habis dinner,terus kitorang gi jenjalan kat BINTANG WALK.tercapai gak impian adik aku nak jenjalan kat BINTANG WALK.lepas jalan-jalan kitorang terus menuju ke pudu raya sebab nak send abang aku nak balik singapore.lepas send abang aku kat pudu terus kitorang balik rumah dan zzzzzz kepenatan.

entri ni 15hb punya ek.hari ni tak der aper yang menarik lah selain aku kena send adik abah aku ngan adik aku kat komuter.pastu,balik sambung tido lagi sampai tengahari.mak aku tak kejutkan aku.maka aku tau kot anak dier ni letih.tu yang dier tak kejutkan tu.petang lak gi ambik adik aku kat komuter coz abah aku balik awal sebab malam ni dier kerja.tak buat aper-aper selain internet.masa ni lah aku update jernal ni.ok lah, nak zzzzzz.tido jerk aku ni kan.


Monday, January 14, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 9:09 AM ||

sebenar nyer aku tak der mood sangat-sangat nak update jernal.hari ni penat giler aku sebab aku kena basuh pinggan ngan periuk belanga kat rumah.kan semalam aku buat open house.sorang budak jernal pun tak datang,even abang mie yang dok dekat ngan rumah aku,tapi tak perlah.aku tak amik hati pun.aku tak kisah maaaaa.lain kali korang mesti datang tau,ekspecially nik.ekekekek.

tak kisah lah tu semua.


Friday, January 11, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 7:16 AM ||

hari ni bangun kena send abah aku kat komuter sebab abah aku gi kerja naik komuter.dier tinggal keta dier kat office.balik dari send abah aku kat office terus buat kerja rumah.mengemas aper2 yang patut.hari ni tak der aper-aper yang menarik selain daripada layout aku berwajah baru.thank you my sis sebab tukar kan layout tu.cantik.aku suka sangat.harap korang pun suka lah yer.

hari ni tak der aper yang menarik,melain kan aku kena kemas rumah,masak dan aper-aper yang patut di buat oleh sorang pompuan lah.bukan ape,kan hari ahad ni aku nak buat open house.hari ni memang boring,tak der aper yang menarik.boring gilosssss.tak tau nak buat aper.

malam aku tengok survivor,aku suka sangat ethan tu menang.melompat aku sebab dier menang.ceh,macam lah aku dapat duit sebab lompat kan untuk dier.buang tenaga aku jerk.paksu aku ader kat rumah malam ni.lepas jer aku update jernal ni,terus aku dok borak ngan mak,abang dan paksu aku kat garden depan rumah aku.borak punya borak sampai lah pukul 4.30 pagi.masa tu baru lah aku rasa mengantuk yang amat.lepas jer paksu aku balik rumah dier,terus aku masuk tido dan aku pun zzzzzzzzzzz tak lama lepas tu.


Thursday, January 10, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 10:34 AM ||

hari ni,pepagi lagi mak aku kejut kan aku mintak aku drive pergi kl sebab mak aku nak pergi beli alatan nak buat kek coklat kat chow kit.mak aku bukan nyer tak nak beli bahan-bahan nak buat kek kat sungai buloh ni tapi kan kat sini mahal kalau nak banding kan kat chow kit tu.jauh beza beb.kat chow kit tu murah sebab memang kedai tu khas untuk orang yang nak beli bahan nak buat kek.sesampai jer aku kat kl masa tu baru pukul 9 pagi.aku pulak masa tu terliur lah pulak nasi lemak mak long aku.sementara nak tunggu kedai bukak aku ngan mak aku pun melencong dulu ke rumah mak long aku kat kampung baru,kl.

sampai-sampai jer nasi lemak sudah tersedia di atas meja.cam tau-tau jer aku nak datang makan.untuk pengetahuan korang semua,mak long aku ni meniaga nasi lemak.lepas makan tu lepak-lepak ah kejap baca paper hari ni.lepak punya lepak sampai tertido mak aku,aku ngan anak sepupu aku sekali kat ruang tamu depan.penat semalam tak habis lagi kot.pastu,aku bangun dalam pukul 11 lebih.mak long aku mintak tolong aku bawak dier pergi bank,sebab dier nak kuar kan duit zakat.

lepas balik dari bank aku pun cakap ah kat mak aku jom kita pergi tengok wayang hari ni.pastu,mak aku kata pergi ah bodek abah tu.aku pun call lah abah aku yang kerja kat office.abah aku kata aper tau,tak serik-serik lagi ker dah baper kali pergi asyik tiket tak der jer.pastu,aku cakap lah aku gi cari jap lagi.abah aku tanya lagi,baju abah bawak tak.aku cakap lah mak dah bawak siap-siap dah. rupa-rupanya mak aku pun dah plan kot nak tengok wayang,tu sebab mak aku bawak baju abah aku tu.untuk pengetahuan korang,abah aku pergi kerja pakai uniform KTM colour biru.

dalam pukul 2 aku bertolak pergi beli barang nak buat kek.pastu,kitorang meneruskan perjalanan ke midvalley untuk membeli tiket wayang untuk tayangan pukul 7.50 malam ni.fuh,nasib baik ader tiket.so,tercapai lah hajat aku selama ni nak tengok hindustan.so,lepas beli tiket aku ngan mak aku pergi balik kat rumah mak long aku.yer lah kan takkan nak lepak kat office abah aku.tak elok lah.sampai kat rumah mak long aku,terus aku melandingkan diri aku di atas tilam empuk sebab aku dah tak larat sangat.tido lagi.semakin sihat lah nanti aku ni.ehheheheh.lepas jer mak aku habis tengok citer mis 3 hermanas terus maka ku kejut aku sebab kitorang janji ngan abah aku kat office dier pukul 5.30.lepas sembahyang asar terus kitorang ke brickfields.jalan punya lah jam.buat tension kepala hotak aku jer.sampai office abah aku dalam pukul 6.15 petang.

sampai kat midvaley pukul 6.45 terus pergi food court sebab abah ngan mak aku nak pergi bukak poser.lepas jer makan,terus kitorang rush sebab nak pergi sembahyang maghrib.lepas sembahyang maghrib rush lagi sebab wayang start pukul 7.50 malam.memang sedih giler lah citer KHABBI KUSHI KHABBI GHAM tu.nangis aku tengok citer tu.korang semua yang tak tengok lagi citer tu kan,aku nasihat kan korang semua pergi lah tengok citer tu.best.yang best nyer masa aku beli tiket tadi kan,penjual tiket tu,lepas aku bayar dier bagi tiket ngan 4 peket tisu.aku ingat kenaper lah dier bagi tisu.rupa-rupa nyer dier nak suruh lap air mata.ekekeekk.sabar jer lah aku.

korang tau tak,tadi balik jer dari midvalley terus lah aku bukak internet,sebab seharian aku tak bukak internet hari ni.pastu,aku bukak lah email dari kawan aku.dier ader pass satu doa ni kat aku.aku ingat nak kongsi lah doa ni ngan korang semua.kawan aku kata doa ni bagus untuk orang yang nak buat solat istikharah.tapi aku tak tau lah.aku memang tertarik ngan doa tu.kalau korang nak buat solat istikharah,korang amalkan lah baca doa ni.insyaallah termakbul doa korang semua.


Do'a Seorang Kekasih

Ya Allah,
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah,
Seandainya telah Engkau taqdirkan dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku daripada kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta,
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah,
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan hambamu yang dhaif ini
Jangan Engkau biar aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

kat entri ni aku nak ucap kan terima ksih sekali lagi dan aku takkan berhenti dari mengucapkan terima kasih kepada geng online jernal yang telah memberi sokongan yang tak putus-putus untuk aku teruskan menulis jernal ni.terima kasih kepada yang sign guestbook aku.ok lah,aku rasa sampai sini jer aku nak tulis untuk entri hari ni.

-aku tengah pujuk mak aku ni,nak pergi UUM sebab nak pergi tengok konsert FIRDAUS.aku dengar ramai geng jernal pergi.si fali tu pun kata kat aku dier pergi gak.yer-yer jer dier memujuk aku suruh pergi.tapi kan,kalau dier tak pujuk aku pun aku tetap nak pergi.aku nak pergi jugak.tapi,aku tengah memujuk dan meyakin kan mak aku ni.korang doakan lah ek semoga mak aku terbuka pintu hati dier nak bagi aku pergi.ekekekek


Wednesday, January 09, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 8:35 AM ||

hari ni bangun-bangun dah pukul 8.30 pagi.mak aku kejut tanya aku nak kuar pegi UIA kol baper.aku jawab lah aku nak pegi kol 11 lebih.aku nak gi UIA coz aku nak celebrate birthday seorang sahabat aku kat UIA.dier sambut birthday dier hari ni.HAPPY BIRTHDAY TO ANGAHFAEZAH.aku tak tau lah aku sayang sangat kat kawan aku ni.walaupun kitorang baru sangat kenal dalam forum hijjaz.aku rasa cam rugi jer kalau aku tak kawan ngan dier.dah lah aku ni baru sangat kenal ngan dier,tapi aku sanggup buat aper sajer untuk dier.tengok cam hari ni lah kan.aku sanggup pergi UIA semata-mata nak buat surprise kat dier.angahfaezah,ketahuilah oleh mu aku sangat sayang kat kau.tapi as kawan lah.tak lebih daripada tu.aku harap-harap sangat kau boleh terima aku cam kau terima kawan kau sekarang acik afzan.

lepas jer aku balik dari UIA dalam pukul 3 lebih,aku ngan mak aku pun kuar ke kl.sebab hari ni kitorang nak tengok wayang citer hindustan,KHABBI KUSHI KHABBI GHAM.kira nya aku bertolak dalam pukul 4 dari rumah aku.pastu gi ambik adik aku yang baru balik kelas kat kl sentral.lepas tu terus singgah office abah aku,sebab kitorang nak sembahyang asar sekali ngan hantar kunci rumah kat abah aku.abah aku tak join kitorang malam ni,sebab dier ader dinner ngan kawan dier kat rennaisance hotel,kl.so,aku,mak ngan adik aku pun terus ke midvalley megamall untuk membeli tiket wayang.tapi kan,aku hampa sekali lagi apabila tiket wayang telah pun SOLD OUT.sedih nyer aku.masuk ni dah 4 kali aku nak tengok citer hindustan tapi,tak kesampaian.sedih giler aku.

lepas tu,kitorang pun ambik keputusan balik ke office abah aku kat brickfield untuk ambik kunci rumah.nasib baik lah office abah aku dekat ngan midvalley megamall.kalau jauh tak tau lah aku.sampai-sampai kat office abah aku,aku tengok abah aku dok tengah buat kerja lagi.pastu agak nyer abah aku dok tengok kitorang buat muka seposen dier terus ajak kitorang pegi dinner sekali kat rennisance hotel.cam nak melompat aku dengar pelawaan abah aku tu.suka nyer aku.dah lama aku tak makan kat hotel.tambah-tambah lagi aku tak pernah jejak rennaisance hotel.hotel concorde aku dah biaser dah.

sampai-sampai jerk hotel rennaisance terus kitorang cari vogue cafe.aku konfius sikit rennaisance hotel ni sebab dier bersambung ngan world wing rennaisance hotel.nasib baik kitorang tak sesat cari jalan nak ke vogue cafe.sampai jer kat vogue cafe terus kitorang order.waiter tu tanya lah nak minum aper.kitorang pun order lah.aku order mango juice,mak aku fresh orange,adik aku order honey dew juice dan abah aku tak order.pastu mak aku kata dier nak makan ikut menu samer ngan adik aku.pastu,mak aku suruh aku ambik buffet.buffet dier sedap-sedap lah.bak kata orang italy,marvolous.memang sedap.aku cadang kan kalau korang nak buat gathering jernal lain kali buat lah kat hotel rennaisance.ekekekekek.baru kelas.

masa kitorang dok tengah makan,kawan abah aku pun datang.so,kitorang masa tu pun dah nak beredar dah.lepas mintak kunci kereta kat abah aku.terus aku bawak kereta pergi rumah mak long aku kat kampung baru.masa kitorang balik tu dalam pukul 9 malam.sampai kat rumah mak long aku,aku tengok citer kat tv1 tajuk NAJWA.aku nangis tengok citer tu.sedih giler aku.nasib baik lah abah aku ni baik.tak macam watak dalam citer tu.kesian betul.pastu,dalam pukul 11 malam,abah aku call suruh aku ambik dier kat perkarangan hotel.dah habis perbincangan kata nyer.

lepas ambik abah aku,adik aku lak sibuk-sibuk suruh abah aku round kat BINTANG WALK.pastu,abah aku ni ikut lah adik aku ni.malam ni BINTANG WALK tak meriah sangat.kalau nak tengok BINTANG WALK meriah pergi lah malam minggu.kalau malam minggu,BINTANG WALK tak ubah cam orchard road kat singapore.lepas ronda-ronda kat BINTANG WALK terus kitorang balik.on the way balik tu aku tertido dalam kereta.penat giler woooooooo.

nak tido,bye.


Tuesday, January 08, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 8:47 AM ||

hari ni bangun awal.aku rasakan aku rajin sesangat hari ni.sebab aper aku kata aku rajin tau,sebab hari ni aku tolong mak aku kemas dapur,sapu sampah,jemur kain baju dan lipat kain.lepas dah habis buat semua benda tu,aku kembali mengadap aku punya pc.seperti biaser lah kan.benda yang tak selalu aku buat.aku kekadang tu lipat kain,aku tunggu banyak-banyak baru aku lipat.cam sapu sampah kan,di sebab kan rumaha ku ni tak der budak kecik so,aku sapu sampah pun dua hari sekali.tu yang aku tak selalu tu buat kerja-kerja rumah tu.bukan nyer aku ni pemalas.jangan salah sangka.

hari ni tak der aper-aper yang menarik melainkan aku kena marah ngan abah aku sebab aku tak cari kerja lagi.aku bukan aper,aku ingat nak rileks dulu.ha,tengok rileks punya rileks kan dah kena marah ngan abah aku.aku boleh cakap kat abah aku rileks lah bah.nak berehat dulu buat masa sekarang.korang tau aper abah aku kata.banyak lah rileks-rileks.

nampak gaya nyer aku kena cari kerja gak ni.tak boleh jadi ni,siap dah kena marah ngan abah aku lagi ni.mak aku pun kata serabut tengok aku dok kat rumah tak buat aper.baik aku tak dok rumah dier senang hati.dier kata baik aku pergi kerja.sabar jer lah aku.cam tak suka aku dok umah jerk.lari karang.hik hik hik.ceh,konon nak lari.aku gurau jer lah.nak lari ke maner lah aku ni.

tadi kan ader orang tu kan,aku call dier,dier kata aku ni kak nett.dier kata lagi suara aku cam suara kak nett.kalau suara aku cam suara kak nett memang romantik habis lah.bukan aper,suara kak nett tu kan romantik habis.ceh,perasan nyer aku.tadi jugak aku call fali,ok lah jugak borak ngan dier,tak sombong.peramah lagi.si fali ni suka cakap satu perkataan,aku rasa ni trademark dier kot.dier ni suka sangat cakap kerek lah.dalam masa aku borak ngan dier tu,baper banyak perkataan tu aku dengar dari mulut dier.sorry ek fali,ngumpat awak jap.ekeekkekekek.

malam,aku dok lepak jerk kat dalam bilik sebab takut abah aku dok ungkit bab kerja lagi.aku dah bosan dengar semua tu.aku,kalau mak aku membebel aku tak kisah.tapi,jangan lah kalau abah aku yang keluar suara.mau menangis korang tau tak.biler aku tanya adik aku,abah dah tido ker belum.adik aku jawab dah tido dah terus aku kuar dari kepompong eh silap keluar dari bilik dan mengadap pc ni balik.aku bukak internet ler aper lagi.nak update dramatic.

aku ingat kan hari ahad ni aku nak buat makan-makan sikit.aku ingat nak ajak lah geng jernal.tapi,aku tak tau lah sama ader korang ni sudi ker tak datang rumah aku.bukan boleh caya ni.sedekat-dekat rumah abang mie tu pun dier tak pernah sampai rumah aku.ekekeekk.tapi kan,hopefully korang semua datang lah rumah aku ni.aku ader jemput artis.hik hik hik.berangan nak jemput artis konon.tapi kan,dalam ramai-ramai artis kan,yang pernah datang rumah aku ni kan rabbani ngan hijjaz.diorang memang kenal rapat ngan family aku.diorang datang pun masa open house raya.meh lah korang datang umah aku.di sini aku mewajibkan abang ludi selaku peminat aku mesti datang ke rumah aku..eh silap lagi.jangan marah ek abang ludi.abang ludi pun dah tak kuasa dah nak marah kot.asyik silap jerk.silap yang di sengajakan.aku nak jugak idola aku datang ke rumah aku.eekekekeke.

ok lah,aku nak tido ni.bye


Monday, January 07, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 6:48 AM ||

hari ni bangun-bangun je lepas mandi dah kena tolong mak aku angkat pasu bunga kat halaman rumah.kalau satu dua pasu tu ringan-ringan tak per lah jugak.ni pasu dah lah nak dekat dua puloh pasu tapi berat-berat semua nyer.uish penat aku.aku ingat kan kena angkat pasu kosong,rupa-rupa nyer kena angkat pasu yang sudah di tanam dengan bunga.sabor jer ler.penat aku.dah lah panas.siap angkat pasu,aku melekat kat depan pc.tak tau aper nak buat.biaser lah,update jernal,berforum dan berchatting.dah taktau nak buat aper.buat lah benda-benda tu semua.

masa aku berforum kawan aku ajak aku gi tengok wayang,aku ingat dier buat lawak jerk.rupa-rupa nyer lepas dier habis berforum dier call aku ajak aku kuar,sebab dier boring giler dok kat uia.so,aku cakap lah hari ni kereta aku tak der sebab abang aku pakai bawak balik rembau.so,aku cakap lagi kat dier kalau kau nak kuar ngan aku kau kena ambik aku.dah dier sanggup ambik aku.aku lagi lah suka sebab aku dapat kuar tengok wayang.sebab aku boring giler kat rumah.nak baca novel,semua novel dah habis di baca.baik kuar tengok wayang.

biler kawan aku sampai terus aku kuar ngan kawan aku menuju ke one utama.cadang nyer nak tengok hindustan KHABBI KUSHI KHABBI GHAM,tapi tak jadi sebab kat one utama tak der citer tu.diorang tak tayang kat one utama.so,kitorang pun ambik keputusan tengok citer LAGI_LAGI SENARIO.masuk ni makna nyer dah dua kali lah aku tengok citer senario tu.aku bukan aper,kawan aku tu tak tengok lagi.so,aku temankan dier.lagi pun bukan aku yang kuar belanja,kawan aku yang kuar belanja.

lepas habis menonton kitorang sembahyang asar kat surau one utama.lepas tu kitorang meneruskan perjalanan ke rumah salah seorang ahli forum iaitu kak siti.dier ni kakak kepada salah seorang anggota nasyid kumpulan aeman.dah kebetulan dier dok dekat ngan one utama kan,tu yang singgah jap jumpa dier.kebetulan dier kata nak tengok gambar masa kitorang gathering.lepas singgah dalam lebih kurang setengah jam ,kitorang meneruskan perjalanan ke taratak aku yang beshhhh tu.biler dah sampai kat teratak aku,lepas kawan aku sembahyang kat rumah aku,dier pun meneruskan perjalanan menuju uia,gombak.

lepas kawan aku balik,aku pun borak lebih kurang ngan sepupu,paksu,mak,abah ngan adik aku.pastu terus aku masuk bilik.lepas mandi,online internet jap sebab aku nak update dramatic ni.lagi pun malam ni aku ader appointment nak chatting ngan seseorang tu.hari ni aku chat kat yahoo messenger ngan syafali_izwan.dah laam aku tunggu nak chat ngan budak ni.lama dah aku tunggu,akhirnya malam ni dapat gak aku chat ngan dier.ok gak dier ni.masa memula aku jumpa dier masa gathering bukak poser tu,punya lah dier malu giler.biaser lah kan 1st time pergi gathering.aku ni cakap orang,aku pun sama punya lah malu giler.ok,salam perkenalan buat syafali_izwan.

aku sangat tertarik dengan cerita sebuah persahabatan dalam jernal abang ludi entri 5 januari.terharu aku membaca nyer.sampai nangis aku baca entri untuk hari tu.betapa bernilai nyer sebuah persahabatan.aku nangis bukan aper,cuma aku ni seorang yang sensitif.baper banyak entri dah kat jernal abang ludi tu buat aku nangis.anyway,aku nak ucapkan kat abang mie semoga dier cepat sembuh.aku kalau nak pergi melawat abang mie boleh jerk.sebab rumah dier dekat sangat ngan rumah aku.tapi kan,aku tak tau rumah dier yang maner satu.

ok lah,rasa nyer cukup lah aku bebel ek.bye,jumpa lagi.


Sunday, January 06, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 6:21 AM ||

hari ni aku rasa amat boring giler.sebab aper tau.aku kalau dok umah mak long aku memang mati kutu sebab tak der internet.aku kalau tak aku malas nak dok umah mak long aku,tapi di sebab kan mak aku balik kampung tu yang aku kena dok jugak kat umah mak long aku ni.lantas,lepas jer aku sarapan pagi,aku pun telah menyuruh sepupu aku untuk menjadi pemandu peribadi aku.aku merayu gak kat sepupu aku ni supaya hantar kan aku kat rumah aku yang beshhhhh tu.sampai aku merayu-rayu giler,sampai hentak-hentak kaki,baru dier nak hantar aku balik.

sesampai jer aku kat rumah aku,terus aku mengemas sikit-sikit.pastu terus aku bukak internet,sebab aku nak update jernal aku ni,dramatic.lepas aku update jernal aku ni,aku pun tido.petang aku bangun,bukak internet lagi.dah nak buat aper lagi.bukak internet lah.hari ni aku telah menjeleskan sorang budak tu dengan mengatakan gathering semalam seronok sebab dier tak der.mati-mati dier kata gathering tu mesti tak seronok sebab dier tak der.dier ingat,dier tu besh sangat ker.sebesh-besh dier besh lagi aku kan.ekekekek.jangan marah ek.

hari ni tak der aper-aper yang menarik selain internet.nasib baik lah kat rumah aku ni ader internet.kalau tak kan mati kutu lah aku.
pastu kan geng-geng semua,tadi aku tengok lah HMI penghibur ader lah ziana zain.pastu kan muncul lah seorang jejaka menyerupai seorang peminat dramatic.eh silap bukan peminat dramatic tapi tuan empunya bluehikari.leka aku dok tengok dier nyanyi.adik aku lak kata kat aku,tak leh ah tengok muka dier.kalau tengok mesti ingat kat seseorang.korang mesti tau kan saper dier kan.tak lain tak bukan anuar zain.kan anuar zain iras-iras muka abang ludi.eh bukan abang ludi ader iras-iras anuar zain ker.maner-maner lah.samer jer.wakakkakaka.kelakar betul.selama ni kalau anuar zain nyanyi maner ade aku tengok.tapi kan malam ni leka pulak aku dok tengok dier nyanyi.ni minat abang ludi ker minat anuar zain ni.memaner lah.kalau ikutkan jawapan aku,aku minat duer-duer.eheheheh.

lepas jer aku update dramatic ni terus mata aku ni nak lelap lah.ngantuk sangat.bye,jumpa lagi esok ek.


Saturday, January 05, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 9:40 PM ||

kan 2 hari lepas aku cakap aku nak balik kampung aku kat kelantan kan.tapi kan,aku tak jadi ah balik kampung aku kat kelantan tu,aku cuma dapat balik kampung baru jerk.tu pun rumah mak long aku.alaaaaaa,kampung baru maner lagi.kampung baru kat kl tu lah.family aku balik,tapi aku ngan adik aku tak balik.sedih betul,tapi kan dalam sedih-sedih aku tu ader gak gembira nyer sebab aku dapat jumpa geng-geng jernal kat cm.kan diorang buat gathering.so,aku pun join lah ngan adik aku.so,terubat lah sedikit kesedihan aku.

tapikan hati aku ni berbelah bahagi sama ada nak pergi atau pun tak.sebab nyer alu ade lagi satu open house.dalam pada aku mebuat keputusan tu kan.aku pun cakap kat diri aku ni.kalau hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.so,biler pikir-pikir balik.aku pun ambik keputusan nak pergi jumpa geng-geng online jernal dulu.aku ambik keputusan nak pergi jugak,walau pun orang yang beshhhh tu tak der.eheheheh,jangan marah ek.nanti kena jual.bukan aper open house tu aku pergi lepas tu pun boleh.aku kalau boleh aku tak nak miss satu pun gathering jernal sebab aku baru jer mula tulis jernal ni.nak aktif lah konon nyer.aku nak cakap kat sorang budak yang beshhhh tu,jangan jeles ek sebab ko tak dapat join gathering ni.aku ni tak habis-habis nak jeles kan budak yang beshhhh tu.ekekekekek.

gathering jernal nak kata ramai tu tak lah ramai sangat.tapi seronok lah.aku ingat kan aku yang datang paling awal.rupa-rupanyer ramai dah datang sebelum aku.yang hadir semalam ialah abang ludi,kak nett,abang mie,kak kaezrin,cik easy dan tunang nyer,abang nazrol,cik khairul,kak aquil,kak cumi,abang spyz,abang fitri dan akhir sekali aku.eheheheh.tak lupa jugak tu nama dier.mesti lah tak lupa kan.yang sedih nyer kak aquil ngan kak cumi datang kejap jerk.tak sempat pun nak makan ngan aku yang besh ni.ekekekekke.diorang dah lah datang lewat balik awal lak.memang nak kena ni.

lepas acara makan-makan ngan ambik gambar diorang semua ader yang balik pastu ader yang pergi klcc.aku pulak tak join diorang semua pergi klcc.aku ader lagi satu open house geng forum lak kat setiawangsa.so,aku ngan adik aku pun meneruskan perjalanan dengan manaiki putra lrt menuju ke setiawangsa.baru lah aku rasa susah nak travel ke hulu ke hilir biler tak der kereta ni.padan muka aku.kereta tu abah aku pinjam bawak balik kampung.aku ngan adik aku pun sampai lah setiawangsa.pastu kitorang di ambil oleh kak tuna.korang mesti gelak kan dengar nama dier.asal nya nama dier kak sharliza tapi kan dier punya nick dalam forum tuna_sandwich tu yang kitorang dah biasa panggil kak tuna.

ramai gak lah jumpa geng forum.besh nyer.seronok sangat.aku 1st time jumpa kek durian.selama ni aku ingat memang tak der kek durian.rupa-rupanyer ader.sedap giler.aku sampai rumah kak tuna dalam pukul 3.30 petang.borak punya borak,tak sedar lak aku jam di tangan telah menunjukkan tepat pukul 6.30 petang.tapi kan,aku sedih sangat,biler aku dah mula nak mesra-mesra ngan diorang abah aku pulak telah disyorkan oleh boss nyer untuk tukar ke sungai petani.aku sedih sangat.aku baru mula nak berkawan.dah rasa sedih tak terkata.

balik dari rumah kak tuna,aku menuju ke klcc.cadang nyer nak tengok wayang.citer KHABBI KUSHI KHABBI GHAM.semalam dah tengok LORD OF THE RING.best citer dier,tapi nak tengok sambungan dier kena tunggu akhir tahun ni.tak sesabar aku nak tunggu.berbalik pada citer nak tengok wayang tadi,terus aku tak jadi tengok sebab aku tengok lautan manusia kat TGV pack giler.terus terbatal dengan secara automatik nyer nak tengok wayang.terus kaki aku ni melangkah ke food court.makan satu pizza kngsi ngan adik aku.makan satu tu sorang maner nak habis beb.tadi masa gathering geng jernal pun makan kongsi ngan adik aku.

lepas makan,aku ngan adik aku shopping kasut lak kat klcc.habis satu klcc kitorang tawaf,last sekali kitorang masuk lah kedai kasut B.BOSS.beli kasut sarung.murah jerk,rm28.00.aku beli 2 pasang.adik aku beli 2 pasang.lepas tu terus kitorang balik rumah mak long aku kat kampung baru,kl.naik lrt dekat jerk.sampai terus mandi.nasib baik tak kena marah ngan mak long aku.mak long aku tu,kalau anak dier balik lewat tak per,kalau aku balik lewat,sampai esok tak habis dier punya bebel.

pastu,aku tunggu ah citer cerekarama MENTUA OH MENTUA.kelakar giler citer dier.malam ni aku tido agak .lewat pukul 2 pagi baru mata aku ni nak terlelap.penat giler aku.anyway,hari ni best lah.tak leh lupa punya.korang tau tak,dalam aku berseronok-seronok kan ader orang marah aku sebab aku tak update jernal aku ni.camaner lah aku nak update sebab aku kat rumah mak long aku.rumah mak long aku ni maner lah ader internet.nak pergi cyber cafe malas.aku ni memang pemalas.eheheheh.

terima kasih segalanyer kepada geng jernal yang hadir semalam sebab melayan izzah dengan baik sekali.tak lupa jugak kepada geng forum semua.semoga ukhuwah yang terbina antara kita semua akan berkekalan hendak nya.UKHUWAH ITU INDAH.


Thursday, January 03, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 7:00 AM ||

hari ni aku ingat nak bangun lewat tapi adik aku kejutkan aku,dier kata abah aku suruh hantar pergi komuter sebab nyer abah aku tak nak bawak kereta pergi office dier.kan petang nanti kitorang satu family nak pergi tengok wayang kat midvalley.so,petang ni aku lah yang kena ambik abah aku kat office.so,lepas jer aku send abah aku kat komuter,aku,mak dan adik-adik aku pun pergi lah ke kedai mamak untuk menikmati roti canai yang besh kat situ.aku punya peberet kalau makan kat situ ialah roti telor.tapi kan,kalau aku terbayang lah cerita lagi-lagi senario mesti aku nak termuntah.loya tekak aku nak makan roti telor.yang dah tengok citer tu mesti tau kan kenaper.

lepas jer aku menikmati roti telor,aku ngan family aku terus balik rumah.balik tu,aku dok tunggu adik aku bersiap pulak,sebab aku nak pergi send dier pulak.hari ni dier mula kelas.so,sekali lagi aku kena jadi driver kepada adik aku ni.hampeh betul,dah ader lesen tapi takut nak bawak kereta.sabar jer lah aku.sikit punya lama lah adik aku sorang ni bersiap.maner tak lama nyer,korang tau kan kalau pakai tudung wardina tu memang lah lama depan cermin.nak belit sana,nak belit sini.boring aku menunggu.lepas jer dier bersiap,terus aku pi hantar dier kat kelas.

lepas balik dari hantar adik aku,aku pun lepak-lepak lah dalam bilik sambil baca majalah hai keluaran terbaru,lepas habis baca tu aku pun kuar dari bilik.aku ingat nak borak lah ngan mak aku,borak punya borak,sekali lagi aku kena jadi driver mak aku.mak aku ajak aku pergi rumah kawan dier,sebab mak aku nak ambik bunga.aku ngan mak aku pergi rumah kawan mak aku tu dalam pukul 10.30 pastu balik dalam pukul 1 lebih.sikit punya lama mak aku borak.kata nak ambik bunga jerk.biaser lah pompuan kalau dah jumpa geng cam mak aku lah tak lekat kat rumah.pot pet pot pet.

lepas balik tu, terus aku suruh adik aku yang lagi sorang tu bersiap,sebab kitorang nak bertolak ke kl sebab nak ambik abah aku kat office dier.masa kitorang nak turun tu,jiran aku datang.aku ingat kan nak borak kejap jer ngan mak aku,punya lah syok dier borak ngan mak aku,sampai lupa nak balik.dah lah masa tu dah nak dekat balik kerja.baru dier mintak diri nak balik.lepas jer jiran aku tu balik terus kitorang bertolak ke kl.memula tu aku bawak dalam 60 km/j.pastu mak aku cakap lah,aper slow sangat ni.pastu aku terus bantai 120 km/j.mak aku cakap aper laju sangat ni.lorrrrr.laju plak.maner satu nak ni.last-last aku bawak 100 km/j.

sampai jer kat kl ambik adik kat kl sentral.lalu kat kl sentral ni teringat pertemuan pertama ngan kak nett,kak aquil dan geng jernal yang lain.pertemuan tak di rancang.memula tu aku tegur kak nett dulu.biaser lah kan orang glemer.aku ni saper.eheheheh.merendah diri lah plak.kalau aku tak tegur kak nett aku rasa aku tak kenal geng2 jernal yang lain.

lepas jer ambik abah aku,kitorang terus ke midvalley yang dekat sangat ngan office abah aku.hajat nyer memang lah nak tengok wayang,tapi kan sekali lagi aku sedey giler sebab tak dapat tengok wayang hari ni sebab golden screen cinema mengalami kebakaran di salah satu panggung nyer.so,semua show di batalkan.lepas tu,terus menuju ke jaya jusco untuk menunaikan solat maghrib.pastu pergi makan mcdonalds.masa aku nak order tu aku ternampak lah kelibat seorang jejaka yang aku kenali,korang nak tau tak saper.jejaka tu ialah abang aku.dier telah mengkantoikan dirinya,dengan membawa aweknyer,konon nyer nak tengok wayang tapi dier sendiri terkantoi ngan family dier sendiri.lama mak ngan abah aku perhatikan dier.tak perasan mamat tu.biler aku pergi dekat ngan mak aku baru perasan.punya lah merah giler pipi awek dier.ekekekek.kantoi,kantoi.malu giler dier.

lepas jerk makan,abah aku pergi lah nak tengok kereta.nak beli kereta aper abah aku ni.aku rasa kan kembara aku ni tak sampai 3 bulan lagi abah aku beli,tup tup nak pergi tengok kereta.kereta bukan nyer calang-calang kereta wolkswagen golf.aku tengok kan abah aku berkenan sangat kereta tu,abah aku siap try lagi.kapasiti boleh muat beraper orang.entah-entah abah aku nak beli kot.kalau nak beli best gak ni.aku boleh tumpang sekaki.eheheheh.memang kereta tu lawa giler lah.sporty lagi.kelasssssssss.nampak dari luar kecik tapi kat dalam luas giler.yang jurujual tu dok ikut jer abah aku,dier ingat abah aku nak beli sangat kot.aku tau sebab aper dier ikut abah aku,sebab abah aku pakai handphone communicator.cuba kalau abah aku pakai yang cikai-cikai ni.tak der dier ikut punya.tu salah satu aku punya anggapan lah.ehehehe.habis lah abah aku mesti mengigau malam ni dok sebut wokswagen golf.

habis citer pasal keta,kitorang pun terus balik rumah dengan hati yang sedey giler tak tau nak cakap sebab tak dapat nak tengok wayang.aku keciwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.balik lepas update jurnal ni terus tido.

esok nak balik kampungggggggggggggggggggg.balik kampung ooooooooo balik kampung oooooooo balik kampung hati girang.besh nyer nak balik kelantan.aku rindu kat atok aku,sebab raya tahun ni tak jumpa pun ngan atok aku lagi sebab die pergi umrah sebulan.aku rindu giler kat dier.aku kena tido awal sebab aku kena drive esok.doakan kitorang selamat sampai ok.dan selamat kembali ke kl.


Wednesday, January 02, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 7:48 AM ||

hari ni pepagi tadi lagi aku dah bangun pukul 5.30 pagi kerana aku di kejutkan oleh abang aku sebab dier nak mintak aku hantarkan dier kat stesen komuter sebab dier nak balik seremban.lepas jer aku send abang aku kat komuter terus aku chow balik rumah.sesampai nyer aku kat rumah azan subuh telah berkumandang di ruang angkasa.so,aku solat subuh dulu.lepas solat subuh,aku pun tutup lampu dan tido balik sampai lah pukul 8 lebih.pukul 8 lebih tu aku di kejut kan oleh suara petir daam rumah aku.ekekeke.korang mesti heran kan biler masa lah pulak hujan.suara mak aku lah.eheheheh.

hari ni boss aku dah tepon suruh aku pergi kerja,tapi aku ingat kan aku dah malas lah nak kerja makan gaji.aku dah malas nak harap kan duit makan gaji.aku ingat aku nak kerja sendiri.ok tak?sebab aper yang aku dapat sangat tak berbaloi tau dengan aper yang aku buat.aku tension giler sekarang ni,sampai dah tak boleh nak pikir.aku ingat aku nak kerja pejabat.menjahit tu aku buat part time.aku menjahit malam ker.aku rasakan bagus gak idea aku ni.boleh cari side income.kaya sikit aku.boleh aku belanja kawan aku yang baik hati ni makan sebab dier dah bersusah payah untuk aku.kalau dier tak nak pun,aku boleh belanja abang ludi ker kak nett ker kak aquil ker.eheheheh.baik kau jangan menolak.kalau kau tolak kau rugi.tolak tuah.

hari ni aku tak buat aper kat rumah,aku cuma kemas kan bilik aku dengan mak aku yang bersepah giler lepas mak ngan abah aku balik dari umrah.hari ni lepas jer aku siap mengemas ke semua barang dalam bilik aku,aku bersiap nak pergi tempat kerja sebab aku nak pulang kan kunci kedai kat boss aku.sebab kunci kedai aku pegang selama ni.aku dah malas nak pegang kunci kedai.aku nak bebas lepas ni.korang tau tak sebab aper aku tak nak pegang kunci kedai.salah satu sebab nyer asyik aku jer yang kena datang awal bukak kedai,mentang2 lah aku yang pegang kunci kedai,kawan aku tu sewenang-wenang nyer datang lewat sebab dier tak pegang kunci kedai.banyak cantik.sekarang ni aku mintak kat boss aku suruh tukar,biar kawan aku tu yang pegang kunci kedai.baru adil dan saksama.

malam ni aku kuar konon nyer nak tengok citer hindustan kat pawagam.sampai-sampai jer kat midvalley megamall,kitorang tengok lah show kol baper kan.pastu yang ader nyer kol 11.50 malam.biler pikir-pikir balik takkan ah nak tengok jugak sebab esok abah aku kerja pastu adik aku lak ader kelas.tayangan dah lah 3 jam lebih.mau nyer dekat pukul 4 baru sampai rumah.biler pikir macam tu terus tak jadi tengok wayang.so,kitorang pun terus ke tingkat bawah sekali menuju ke pizza hut.masa makan tu pun dok bincang lagi pasal nak tengok wayang.abah aku macam berbelah bahagi lah antara nak tengok dengan tak.abah aku ni ikut mak aku,kalau mak aku kata balik abah aku pun menonong lah ikut mak aku.aku pun kenen-kenen lah abah aku aper kata kalau kita tengok LAGI-LAGI SENARIO.pastu adik aku lak kacau daun kata citer tu dah tengok.nak tengok citer hindustan gak.minah jiwang sikit adik aku ni.tak pernah-pernah die tengok citer hindustan,tup tup hari ni dier nak tengok hindustan.ni mesti pengaruh dari sepupu aku lah ni suruh kitorang tengok citer tu.dier kata citer tu sedap,adik aku ni aper lagi terus terpengaruh.aku kalau boleh aku nak tengok LORD OF THE RING.

pikir-punya pikir abah aku kata esok jer lah tengok wayang.cehhhhhh.aku pun sajer lah buat-buat majuk,padahal tak majuk pun.aku kata kat abah aku,kalau u all nak tengok esok,u all tengok lah,izzah tak nak tengok,penat lah kuar kl 2,3 kali.mak aku pun kata,tak nak pergi sudah.eh eh eh,aku sajer jer nak buat majuk,mak aku pulak anggap aku ni majuk serius.pastu,aku cakap lah kat mak aku,aku gurau jerk.kang esok sia-sia jerk kena tinggal.

pastu,kitorang terus balik ke rumah naik kembara.sampai kat rumah terus aku bukak komputer,mengupdate jurnal kesayangan aku ni.kat sini kan,aku nak ucapkan terima kasih sebab dah makin ramai sign guestbook aku.sekurang-kurang nyer aku lagi bersemangat nak tulis jurnal ni.terima kasih kepada abang ludi dan nik sebab merasmikan jurnal aku ni.kelas lagi,dua orang tolong rasmikan tu.seronok aku.

akhir sekali,terima kasih kepada peminat nombor satu aku iaitu abang ludi bluehikari,sebab dier dah tolong promote kan aku punya jurnal ni kat bluehikari.ekekekek.jangan marah ek abang ludi,nanti kena jual.sebenar nya bukan abang ludi peminat nombor satu aku,aku ni yang peminat nombor satu dier.isk isk isk bangga nyer aku,abang ludi kata aku ni peminat nombor satu dier.kembang habis lubang hidung.nanti lah abang ludi,biler izzah dah kaya nanti izzah belanja abang ludi makan cendol yang boleh tambah tu kat rembau.amacam,nak tak?cendol free.abang ludi boleh makan beraper mangkuk pun abang ludi nak tapi tetap bayar rm1.50.ekekekek.besh betul.


Tuesday, January 01, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 7:12 AM ||

hari ni aku bangun pagi lepas solat subuh terus aku melenakan mata aku yang memang sedia mengantuk ni sampai lah pukul 10 pagi baru aku bangun.tu pun mak aku kejut kan.kalau tak memang lagi lama aku tido kot.aper punya anak dara lah ni.bangun-bangun jer aku telah di suruh oleh emak aku untuk menjadi driver tak bergaji untuk sekali lagi.mak aku ajak aku pergi rumah kawan dier,sebab semalam anak kawan mak aku kahwin,tapi mak aku tak sempat nak pergi.tu yang mak aku pergi hari ni tu.mak aku kata kejap jer nak pergi rumah kawan dier tu.kejap aper nyer bantai lama mak aku borak ngan kawan dier,ader lah nak dekat 2 jam.aku dah cuit-cuit mak aku ajak balik.makin aku cuit,makin galak pulak aku tengok mak aku ni bercerita ngan kawan dier.sabar jer lah aku.aku bukan nyer aper,aku nak balik cepat sebab nyer baju-baju aku belum kemas lagi sebab petang ni aku nak balik kampung.



aku kalau ikutkan aku malas nak balik kampung sebab kat kampung aku tu tak besh.lagi pun aku malas nak mengadap muka nenek baru aku.aku suka balik kampung nenek aku kat kelantan lagi.kampung yang tu lagi besh.aku bertolak petang tu pukul 4 petang,aku ke kl dulu sebab aku pergi ambik abah aku kat office dier,sebab dier terus jer dari office.kalau abah aku balik,aku takut buang masa kat rumah nanti.lepas ambik abah aku,aku terus bertolak ke seremban sebab kawan abah aku jemput kitorang satu family pergi open house rumah dier.lepas tu baru kitorang bertolak ke muar dalam pukul 9 malam.



aku tido jer sepanjang perjalanan,sedar-sedar aku dah sampai kat tol tangkak dalam pukul 10.15 malam.aku pun cam blur ah kejap.bukan aper,aku dok fikir cepat nyer sampai tangkak.sebab masa dulu aku rasa cam jauh jer tangkak ni.rupa-rupanya mak aku citer abah aku pecut dalam kadar kelajuan 120 km/j.biar benar.pastu aku sampai kampung aku dalam pukul 11 malam.aku ingat kan nak terus tido tapi sempat lagi aku tengok AIM 2001.pastu aku tido dalam pukul 2 pagi sebab meneman kan adik aku yang takut nak tengok AIM seorang diri.aper lah tu pun takut.aku tak sabar nak tunggu hari esok menjelma.sebab esok ader satu gathering forum hijjaz.com.my.masa tu nanti aku dapat jumpa ramai peminat hijjaz ngan inteam.


esok,cepat lah menjelma,aku dah tak sabar ni.sabar lah wahai hatiiiiiiiiiii.

untuk pengetahuan korang semua,yang entri atas tu entri 31 disember yang bawah ni entri 1 january ok.bukan aper aku tak mahir lagi camaner nak tukar date.nanti aku belajar ngan kawan aku yang baik hati tu ek.nanti biler aku dah pandai nanti aku tukar balik ok.

yang bawah ni entri 1 january ok kawan-kawan.

hari ni lepas bangun solat subuh aku terus tido balik sebab aku tido lewat malam tadi kan lepas tu aku bangun balik dalam pukul 8 lebih.lepas aku bangun terus aku tanya mak aku biler nak balik kl.aku ni memang tak betah dok lelama kat rumah atok aku ni.panas punggung.pastu mak aku tanya abah aku,pastu abah aku cakap ikut lah kalau nak balik sekarang pun boleh.pastu lepas bincang punya bincang abah aku bagi keputusan kitorang balik dalam pukul 10 pagi.aku cam nak melompat jerk biler abah aku cakap camtu.

lepas sarapan dalam pukul 10 kitorang pun bertolak lah ke kl.sebab bukan nyer aper kan aku cakap tadi aku ader gathering forum hijjaz.com.my.tu salah satu alasan lah sebab aper aku nak balik awal.on the way kitorang nak balik kl tu, kitorang pun singgah lah rumah abang aku yang besh kat rembau.lepas petik rambutan sikit,kitorang pun meneruskan perjalanan ke kl.on yhe way ke tol senawang tu,ader lah kat tepi jalan ni jual cendol.kitorang pun berhenti lah sebab mak aku dok terliur nak makan cendol jagung.cendol kat sini dah lah besh pastu boleh tambah lagi.free of charge.tak pernah lagi aku jumpa gerai camni kat kl.kalau korang semua lalu kat jalan rembau senawang singgah lah ek.serbu gerai pakcik ni biar roboh.ehehehehe.nama gerai dier kan,cendol leman dawi.tiada wakil penjual lagi.eheheheh.sedap giler cendol pulut dier.

ok,kita lupakan pasal cendol tu,kitorang pun meneruskan perjalanan ke kl.sampai kl kitorang singgah office abah aku sebab nak ambik keta dier.pastu kitorang pun meneruskan perjalanan ker sungai penchala tempat gathering tu berlangsung.sesampai nyer aku di saner,ramai sahabat-sahabat forum sudah sampai.aku sorang je yang datang ngan family aku.yang lelain semua datang ngan kawan-kawan.lepas aku ngan family aku selesai makan terus family aku mintak diri nak balik.aku tinggal sebab aku tunggu ramai lagi sahabat-sahabat forum yang belum sampai.lepas mak aku balik ramai sahabat forum yang dari perak,terengganu,penang dan johor sampai.lepas semua orang dah sampai,kitorang bergerak ke rumah salah seorang anggota kumpulan hijjaz iaitu abang faizal.

biler kitorang sampai saner isteri dier telah menghidangkan keropok lekor terengganu.lepas jer beraya di rumah abang faizal,terus kitorang konvoi beramai-ramai ker office hijjaz untuk menikmati durian yang di bawa khas dari bidor,perak.biler kitorang dah sampai office hijjaz,lagi kitorang terperanjat giler sebab lagi ramai yang telah menunggu di pejabat hijjaz.ramai ader
dan aku tak sangka anggota kumpulan inteam pun ader.bukan aper,sebab aper tau selalu nya aku pergi office hijjaz,memang susah nak berjumpa ngan diorang ni.tup-tup hari ni ader lak dier kat office.selepas sessi memperkenalkan diri,it's durian time.makan durian kat belakang office hijjaz.inteam tukang kopek durian.muslimah ni tukang makan jerk.

lepas sessi makan durian,sessi bergambar pulak.lepas puas bergambar, baru lah aku tersedar yang jam di tangan telah menunjukkan pukul 7 malam.lepas jer aku sembahyang jamak kat office hijjaz,terus aku mintak diri nak balik.lepas jer aku mintak diri nak baik semua mintak diri nak balik.aper diorang ni nak tunggu aku ker yang cakap dulu.eheheheheheh.

aku sampai rumah tadi dalam pukul 8 malam.lepas aku mandi-mandi terus aku mengadap durian yang dibekalkan untuk aku sebab diorang semua jauh-jauh nak bawak balik durian.aku sorang jer yang dekat.rezeki aku lah ni.seronok dapat jumpa diorang.diorang semua ramah-ramah.terima kasih hijjaz dan inteam sebab melayan kitorang dengan baik sekali.


 

 

DarkCounter