Monday, February 18, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 9:15 AM ||

aku nak mintak maaf banyak-banyak kepada geng jernal semua sebab aku dah dekat 2 minggu aku tak update jernal aku ni.Ini kerana aku sibuk yang teramat sangat.biaser lah kan tukang jahit.dah lah nak dekat raya haji ni.lagi lah berlambak-lambak tempahan.aku tak sempat pun nak bukak komputer selama seminggu.seminggu lagi tu aku pergi balik kampung sebab sepupu aku kahwin dan alang-alang abah aku cuti seminggu lepas hantar pengantin terus aku ngan family aku pergi bercuti ke PEDU LAKE dan PULAU PINANG. kira nyer jernal ni meliputi tarikh 9 , 10 , 11 ,12 ,13 ,14 ,15 , 16 , 17 dan 18 haribulan februari.aku gerenti korang mesti penat giler baca jernal aku ni.

9 hb februari 2002 -SABTU

*bermula nya percutian*

Aku ngan family aku bertolak ke terengganu dalam pukul 4.30 petang. Masa sampai kat karak highway punya lah jam giler sebab ramai orang nak balik kampung. Tujuan aku nak balik teregganu ni sebab sepupu aku nak kahwin.Kalau sesajer nak balik aku rasa memang tak balik terengganu tu sebab aku tak beraper nak suka balik ke terengganu.aku lebih suka balik ke kampung aku kat kelantan.kalau balik terengganu pun atok aku bukan nyer ader lagi.dua-dua dah meninggal.yang ader pun cuma mak sedara aku jerk.

Kitorang sampai terengganu dalam pukul 1 pagi. sampai-sampai jerk aku tengok sedara aku ramai lagi yang tak tido.diorang sibuk dok buat hantaran lah ,kemas dapur lah borak lah dan bermacam-macam aktiviti lagi.aku biler dah tengok mak-mak sedara aku borak aku pun join ah sekaki sambil-sambil tangan aku dok menjahit baju mak aku yang tak siap-siap.aku lelap pun dalam pukul 4 pagi.lepas siap diorang cucuk bunga telur.almaklum saja lah kan esok kan kenduri.

10 hb februari 2002 - AHAD

*Akad Nikah*

Aku bangun awal lah jugak sebab diorang kata hari ni akad nikah mula pukul 8.30 pagi.mak ai awal nyer akad nikah.aku bangun pukul 6.30 lepas mandi terus sembahyang dan bersiap-siap ape-ape yang patut.ceh,cam aku jerk yang jadi pengantin nyer.

*Tidur time*

lepas majlis akad nikah terus aku ngan adik aku masuk tidur.masa aku sedar dari tidur tu daalm pukul 12 lebih,aku tengok dah ramai tetamu yang datang.aper lah aku ni kan.orang buat majlis aku gi tido.tak leh salah kan aku gak.aku sampai lewat pastu tido lewat.memang ah penat giler.bangun-bangun terus aku masuk dapur makan.lepas makan terus aku sembahyang .lepas sembahyang sempat aku lelap jap.aku bangun masa rombongan dari pihak lelaki datang.aku pun cecepat ah bangun basuh muka sebab aku nak tengok muka pengantin lelaki.kira boleh tahan lah jugak husband sepupu aku ni.not bad.orang kedah nooooooo.

petang tu nak dekat maghrib aku ajak abah ngan mak aku gi KFC tempat sepupu mak aku kerja.boleh makan free maaaa.dier kerja sebagai pengurus kat situ.untung gak kalau ader sedara kerja camtu kan.boleh aku tumpang makan free selalu.ahaksssss.lepas jumpa dan makan-makan terus kitorang balik ke rumah mak sedara aku yang terletak di batu buruk.balik tu aku tengok pengantin tengah dok bukak hadiah sambil di kelilingi oleh sanak saudara.lepas sessi bukak hadiah sessi kira duit yang para tetamu bagi kat mak sedara aku.syok gak kira duit reramai ni.lepas tu semua bergelimpangan tido.bersepah semua tido.


11 hb februari 2002 -ISNIN

*Balik kelantan*

hari ni kitorang bertolak balik kelantan pukul 10 pagi lepas sarapan.sampai kelantan dalam pukul 1 tengahari.sampai-sampai kat kota bharu terus ke sekolah adik aku sebab nak urus kan pasal pertukaran sekolah adik aku ke kl. lepas habis semua urusan terus kitorang ke rumah atok aku. lepas baring-baring dan solat terus kitorang ke sekolah adik lelaki aku kat kubang kerian, AL-IMAM INTERNATIONAL INSTITUTE OF TAHFIZ di kubang kerian.lepas mintak izin ngan ustaz nak bawak adik aku kuar terus kitorang ke satu restoran ni yang terkenal dengan nasi air.kalau korang semua berpeluang ke kota bharu jangan lupa pergi ke restoran MAKSU NASI AIR kat berek 12.nasi air dier best sangat.marvelousssssssss.

dalam pukul 9 lebih send back adik aku ke asrama dier sebab malam ni dier ader program.lepas tu terus kitorang balik ke rumah.lepas solat terus tido keletihan.


12 hb februari - SELASA

*lepak-lepak*

hari ni tak buat aper-aper melain kan lepak-lepak kat rumah atuk aku.tatau nak buat aper.nak kuar bandar gerenti kedai banyak tutup.aku just sempat pergi cc jerk ngan adik aku coz komputer kat rumah atuk aku abah aku dah bawak balik sebab adik aku dah tak sekolah kat kelantan.tu yang abah aku bawak balik tu.punye lah boring giler.

Petang tu mak aku suruh aku bawak gi shopping sambal daging sebab paksu aku pesan suruh beli sambal daging kat kelantan sebab nak buat bekal paksu aku nak gi ke Karachi.mak aku kata nak gi kejap jer.tau jer lah biler owing pompuan dah sampai kat tempat shopping ,kata kejap tapi punya lah lama.nak cari tudung lah,nak tengok gelang lah,nak tengok rantai lah dan bermacam-macam lagi.tension aku.

Petang tu jugak kitorang berempat bertolak ke jertih , rumah mak sedara aku sebab esok nyer nak hantar rombongan pengantin ke baling,kedah.petang tu bertolak dalam lebih kurang pukul 6 petang sampai jertih pukul 7 lebih.

13 hb februari 2002 – RABU

hari ni diorang janji nak bertolak lepas subuh.aku ingat lepas subuh dari jertih,rupa-rupa nyer lepas subuh dari terengganu.kitorang tunggu punya tunggu akhir nyer rombongan dari jertih bertolak pukul 11.30 pagi ke baling.kitorang ikut grik.singgah makan tengahari kat pulau banding.punya lah lawa pulau banding tu.lepas solat bertolak ke baling.sampai baling dalam pukul 6 lebih.sampai jer kat rumah yang pihak pengantin lelaki bagi tu terus mandi-mandi.malam tu pihak pengantin lelaki ader buat makan malam untuk sambut pihak pengantin perempuan.aku tak ikut pun sebab mak ngan abah aku tak pergi so,aku pun malas ah nak join.aku pun dok ah kat rumah tu ngan sepupu aku yang kahwin tu sebab pengantin perempuan tak di benar kan pergi ke rumah pengantin lelaki malam tu.


14 hb februari 2002 – KHAMIS

hari ni mak aku kejut aku suruh bangun awal sebab malas nak berebut-rebut bilik air.baying kan lah kalau bilik air satu nak mengguna kannya tu sikit punya ramai.mau nya aku mandi lewat.lepas solat subuh tido kejap.bangun terus sarapan lepas tu diorang sibuk mengajak nak gi shopping kat kompleks bebas cukai kat pengkalan hulu yang sempadan ngan Thailand.

Lepas habis shopping terus balik sebab nak hantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki.sikit punya meriah dier punya kenduri.siap ader cabutan bertuah lagi untuk pekerja dier.lepas habis majlis kitorang pun balik.sedara-sedara aku balik menghala ke terengganu dan family aku lak menghala ke tasik pedu.nak buat aper lagi bercuti lah beb.

Perjalanan ke tasik pedu mengambil masa selama 2 jam gak lah dari baling.sampai kat tasik pedu.terus kitorang nak check in kat mutiara pedu tapi fully book.terus lah kitorang menghala ke desa utara tasik pedu.nasib baik lah ader satu bilik.ngam-ngam jer satu bilik jer yang ader.nasib baik chalet kitorang tu mengadap tasik.tenang jer biler tengok tasik.lepas check in terus mandi ambik wuduk dan solat.lepas solat tu punya lah lapar perut aku.terus aku jenguk ke luar chalet punya lah sejuk angin kat tasik pedu ni.jenguk-jenguk jer muka aku tengok ramai orang dok lepak kat depan chalet aku.aku ingat kan ader aper,rupa-rupa nyer ader warung makan kat situ.terus aku ajak abah aku gi makan kat situ.

Sampai jer kat gerai tu abang tu Tanya lah aku ngan abah aku tak dinner kat tepi kolam renang ker ader candle light dinner kata nyer.aper dier ingat aku ngan abah aku ni pasangan kekasih ker.aku tau lah abah aku tu nampak muda.ekekekekeke.,mak ngan adik aku bantai gelak biler aku citer pasal tu.aper lah.sabar jer lah aku.balik chalet tengok astro terus tido.


15 hb februari 2002 –JUMAAT

hari ni bangun solat terus tido balik sejuk giler maaaaaa.pukul 8 lebih mak aku kejut sebab nak gi sarapan.kitorang sarapan kat coffee house jerk.tak der tempat lain ah nak sarapan.nak kuar jauh.baik sarapan kat sini jerk.nasib baik buffet dier best kalau tak aku tak bayar,ekeekeeke.

Lepas sarapan terus ke reception counter sebab abah aku nak mintak extend lagi satu malam.kakak tu kata kalau nak extend kena pindah chalet.tapi,chalet yang bakal kitorang pindah tu bukak lake view lah tapi kampung view.pastu aku cakap ah kat abah aku buat aper dating tasik pedu kalau kampung view.aku cakap ah baik kita check out pastu gi penang.bercuti ke penang lak.dalam kepala otak aku ni dah terpikir dah kalau gi penang nak jumpa saper.ekekekeekke.lepas abah aku dah bagi kata putus nak pergi penang terus aku call nik cakap kat dier aku nak jumpa dier.

Lepas tu abah aku nak book lah hotel.abah aku call paradise hotel fully book,call park royal ader bilik tapi suite,sikit punya mahal harga bilik dier RM690.uisshhhh.mahal giler.pastu call casuarinas beach hotel ader satu blik terus abah aku booked satu bilik.abah aku kata hotel tu orang putih yang tua-tua jer yang suka dok situ.abah aku kata konon nyer tempat nostalgia lah tu.aku kata tak kisah lah asal ader hotel.ekekeekekek.

Pukul 12 kitorang check out terus ke alor setar ke rumah anak sedara maka ku.lepas tu terus menghala ke pulau pinang.punya lah jammed jalan nak masuk ke jambatan pulau pinang tu.aku ingat nak singgah USM terus tapi abah aku kata baik check in dulu sebab dah lewat.lepas check in tu masing-masing penat pastu abah aku kata pergi USM esok jer lah.malam tu kitorang dinner kat THE SHIP dekat batu feringgi.punya lah sedap steak kat situ.aku 1st time makan kat situ.suasana kat batu feringgi waktu malam sebijik macam phuket pada waktu malam.ramai orang jual-jual kat tepi jalan.aku sempat lah beli cermin mata 2 pasang.

Lepas jalan-jalan terus balik.balik tu terus tido sampai pagi.


16 hb februari 2002 – SABTU

hari ni bangun solat pastu tido balik bangun pukul 8 lebih sebab mak aku ajak aku jalan-jalan kat tepi pantai.lepas jalan-jalan lebih kurang terus gi sarapan kat coffee house.makanan dier tak kena ngan selera aku.selera kat situ selera omputih.aku rasa cam rugi jer bayar rm 30 sorang.lepas makan terus naik bilik pastu check out pukul 11 lebih.lepas check out konon nyer nak pergi lah shopping buah pala tapi tak jumpa tempat nak beli nyer kat maner.pastu aku cakap kat abah aku apa kata kita pergi USM dulu jumpa kawan aku,maybe dier boleh tunjuk kat maner nak beli buah pala.

Lepas abah aku setuju terus aku call kawan aku.aku kata aku dah sampai USM.dier suruh tunggu dan sekejap lepas tu dier sampai.lepas tu lak aku call nik.nik jalan kaki gi kat tempat aku lepas tu fakulti aper tah.aku tak ingat.alang-alang kitorang tak makan tengahari lagi terus maka ku ajak nik sekali gi makan tengahari.kawan aku yang lagi sorang tu dier bawak kawan dier norin.yang norin ni plak ajak kawan dier suruh tolong drive.kawan norin ni pun bawak lah kitorang satu tempat ni.memang sedap lah.tak sesia drive jauh-jauh semata-mata nak makan kat tempat sedap.lepas makan tengahari terus ke bazaar sebab nak pergi beli buah pala yang di kirim kan oleh kawan-kawan aku.mak aku beli kan nik jeruk buah salak.nik ni memula memalu tapi ok lah.mak aku suka tengok muka nik.maka ku kata muka nik ni muka budak baik.ekekeekekkeek.habis ah nik,mak aku berkenan kat kau.ahaksssssss.lepas shopping,lepas salam-salam diorang naik satu keta terus menghala ke USM dan aku menghala ke kl.kira nyer dah habis lah siri percutian aku .cuti-cuti Malaysia.kalau ikut kan aku ni dah nak dekat satu Malaysia aku mengembara ni.ekekeekekeke.

Masa kat highway masa dah sampai kat bukit gantang abah aku ngantuk pastu stop kat hentian dier terus abah aku Tanya boleh ker aku bawak sebab abah aku kata banyaak keta.aku senyap jerk.mak aku suruh abah aku dok belakang pastu aku bawak.aku bawak dari bukit gantang ker sungai buloh non stop.aku sampai sungai buloh dalam pukul 8 lebih.penat giler aku.balik singgah kedai mamak.lepas makan terus balik rumah.balik rumah tu sempat online lagi tu.lepas online terus tido keletihan tapi aku kena bangun kol 3 pagi sebab kawan aku sampai dari johor pukul 3 pagi.pukul 2 lebih tu abang aku kejut kata kat aku kawan aku tu dah sampai pudu.


17 hb februari 2002 – AHAD


Aku pergi pudu ngan abang aku.lepas ambik kawan aku terus menuju ke uptown untuk membasahkan tekak.lebih kurang pukul 4 lebih kitorang balik.aku tak tido.aku tunggu solat subuh baru aku tido.aku ni jenis liat sikit nak bangun.tu yang aku tido lepas solat subuh tu.pukul 8 lebih bangun siap-siap sebab nak kena hantar abang aku ke airport subang pulak.sebab dier nak gi langkawi.lepas hantar abang aku terus balik.

Balik tu layan tido jap pastu bangun dan tak buat aper-aper.petang tu aku merayu kat mak aku,aku nak kuar gi UIA sebab aku dah lama tak jumpa kawan-kawan aku kat saner.mak aku bagi tapi dengan syarat kena balik pukul 5 petang.aku pun setuju lah.korang tau lah kan biler dah jumpa geng terus leka.masa aku tengah borak-borak ngan kawan aku tu terus aku tepandang jam.rupa-rupa nyer dah pukul 5.30 petang.terus aku mintak izin nak balik.aku sampai rumah pukul 6.30 petang.nasib baik mak aku tak marah.

Malam tu tak der aper.aku tido keletihan.

18 hb februari 2002 –ISNIN

hari ni aku kena bawak mak aku pergi pejabat pelajaran sebab nak kena uruskan pasal pertukaran sekolah adik aku.balik rumah pukul 10 lebih pastu hantar adika ku gi kelas lak pukul 11 lebih.penat giler aku.balik rumah sambung menjahit.petang tengok citer jepun.lepas tengok citer jepun terus tido sampai pukul 6 lebih.

Bangun-bangun aku tengok paksu aku dah tercongok kat dapur.dier dating nak ambik passport sebab dier kan nak gi Karachi.iskkkkkk,pergi Karachi tanak ajak aku pun.eekekekkek.malam online.
Hari ni memang aku tak buat aper-aper.pastu tidooooooooo.zzzzzzzzzzzzzzzzzz.


Saturday, February 02, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 1:44 PM ||

entri ni merangkumi entri yang bertarikh1 dan 2 februari ok.

1 februari 2002

*sale kat homelife sri damansara*

hari ni aku bangun kol 6 lebih,bangun-bangun terus aku mandi dan menunaikan solat subuh.lepas aku solat,aku sambung tido jap.aku sambung tido sampai lah kol 7 lebih.pastu,terus mak aku kejut kan kitorang suruh kitorang siap-siap sebab nak gi sale kat homelife.sale barangan RM 1.lepas dah siap-siap tu dalam kol 8 lebih nak dekat kol 9 pagi kitorang pun bertolak ke homelife yang terletak berhampiran ngan rumah aku.al-maklum jer lah kan hari ni kan hari cuti bagi warga kl.aper lagi penuh lah homelife tu.diorang ramai pakat dok tunggu homelife tu bukak.homelife tu bukak kol 10 pagi tapi,pengunjung-pengunjung semua pakat dok tercongok kat depan pintu pagar homelife tu termasuk lah aku sendiri.ahakssss.

lepas jer jaga kat homelife tu bukak kedai,terus kitorang serbu masuk dalam homelife.diorang jual bantal tido murah nyer RM 1 jerk.berebut kitorang semua nak beli bantal.seratus pelanggan pertama sahaja dier jual kan bantal tu.nasib baik,aku ngan adik aku sempat berebut untuk membeli bantal tu.rimas giler aku,ramai berkerumun kat situ.lepas jer kitorang berebut nak beli bantal terus kitoraang gi borong kat tepat kain langsir lak.YA ALLAH murah giler kain langsir kat sini.RM 2 satu meter.aku cam tak caya jerk.banyak kali aku dok gosok mata aku ni.betullah RM 2 semeter.mak aku borong kain langsir untuk rumah abang aku satu kayu.borong sakan mak aku tu.tak leh tengok murah sikit,semua nak borong.satu kayu bukan sikit.lebih kurang 50 meter ah.kang nanti,saper yang jadi mangsa untuk jahit kan langsir tu,AKU JUGAK.

lepas dah borong kain langsir ngan cadar,terus kitorang gi hantar adik aku ke kelas dier kat pj.hari ni dier ader kelas sebab dier belaja kat pj.jam giler selangor hari ni.tension aku.lepas send adik aku kat pj,kitorang gi ambik kembara aku yang abah aku hantar servis.lepas jer ambik kembara,terus kitorang menghala ker ofis abah aku sebab abah aku nak pulangkan pajero ofis abah aku.lepas tu,terus balik ke rumah.


*accident*

petang ni,abah ngan mak aku nak balik kampung naik keretapi sebab nak gi ambik adik aku sebab adik aku dah tak suka sekolah kat saner.dalam kol 6 tu,aku send ah mak ngan abah aku gi komuter sg buloh sebab abah aku kata dier nak naik komuter sampai kl sentral.lepas jer send mak ngan abah aku,aku tunggu ah adik aku ngan kawan aku sampai sebab kitorang lepas ni nak ke pejabat hijjaz sebab ader majlis sikit.lepas semua nyer dah sampai,kitorang pun bertolak lah ke selayang untuk ambik kawan aku lagi sorang tu.masa on the way nak gi selayang tu memang jam giler ah sebab ade sale kan kat homelife tu.masa tengah jam tu,aku tatau camaner aku leh terlelap kejap lalu kereta aku telah mencium bontot bumper kereta depan aku.masa kawan aku menjerit tu baru aku sedar.masa aku sedar tu,kereta depan dah terdorong ke depan lalu melanggar lori kat depan dier.

aku pun terkejut giler maaaaaaa.YA ALLAH betul ker aku berlanggar ni.aku pun terus kuar dari kereta aku terus ke depan.pastu,pemandu lori tu suruh kitorang semua ke tepi.aku dah menggigil dah masa tu.takut giler aku masa tu.nasib baik ader adik ngan kawan aku.kalau aku sorang lah tak tau aku nak buat camane.lepas kitorang dah park kereta kat tepi,aku pun turun kereta dengan adik aku.pastu,aku tatau nak wat camaner,aku terus call abah aku.abah aku pun tanya lah aku.laju ker lari.pastu,aku cakap ah kat abah aku accident masa jam.abah aku kata camaner boleh accident kalau jam.aku cakap ah aku terlelap sekejap.

lepas jer aku cakap ngan abah aku,si pemandu lori tu cakap kat aku yang dier nak mintak ganti rugi sebab plat number dier patah.dier suruh aku cakap dalam phone ngan big boss dier.pastu aku cakap ah.aku mintak maaf banyak2.pastu dier suruh aku bayar ganti rugi plat lori dier sebanyak RM50.ader ke patut.aku buat plat kembara aku tu pun tak sampai RM20.banyak cantik nak mintak ganti rugi RM50.hampeh punya cina.aku cakap ah kat big boss dier yang aku tak der cash.pastu die kata ah takkan tak der langsung.aku cakap ah memang tak der.aku cakap kat dier u bagi alamat nanti my father call u later.nanti my father pay u ok.tak koser aku nak layan cina ni.terus aku letak phone.

berbalik pulak pada cina pompuan yang bawak kereta,lepas aku dah ambik nombor pendaftaran kereta dier,dier punya giliran lak ambik nombor pendaftaran kereta aku.cina ni lebih2 lak nombor lesen aku semua dier ambik.cekap betul pompuan ni.lepas selesai semua nyer,terus kitorang beredar ke selayang.nasib baik lah aku ni jenis kalau lepas accident sikit-sikit,aku still boleh bawak lagi kereta.ader sorang kawan mak aku tu,langsung tak leh bawak kereta kalau lepas accident.lemah longlai.

*majlis hari lahir syam inteam dan kak nik*

sampai kat selayang dah maghrib,lepas solat maghrib,kitorang terus bertolak ke sungai pencala untuk menghadiri majlis hari lahir syam inteam dan kak nik syakirah iaitu isteri pengarah urusan HIJJAZ MUSIC ENTERTAINMENT.kitorang sampai kat pejabat hijjaz lebih kurang pukul 8.30 malam. masa aku nak melangkah naik ke pejabat hijjaz,aku dapat call dari jejaka penang.dier nak marah aku sebab tak update jernal.aku cakap sorry ah lama tak update.sorry sesangat.pastu,dier cakap ah kat aku jangan sedih-sedih pasal entri 27 hb januari.sedih tu memang ah sedih tapi redha jer lah.nak buat camaner kan.tak per,malam ni aku nak bergumbira.

masa aku jejak kaki kat pejabat hijjaz tu,ramai dah berkumpul kat situ.dalam pukul 9.10 minit majlis di mulakan dengan bacaan doa oleh syah inteam.pastu,diikuti oleh syam untuk memberi sepatah 2 kata.pastu acara memotong kek oleh syam inteam.pastu baru diikuti oleh kak nik untuk memberikan sepatah 2 kata dan acara memotong kek oleh kak nik diiringi oleh serikandi-serikandi sahabat forum hijjaz,iaitu angah,acik dan kak jijah.lepas potong kek,acara bagi hadiah lak.lepas acara bagi hadiah its makan time.menu hari ni nasi beriani.
lepas sessi makan-makan,sessi persembahan oleh anggota kumpulan INTEAM dan artis baru bawah naungan HME iaitu UNIC.

inteam nyanyi lagu impian kasih dan rabiatul adawiyah.unic pulak nyanyi lagu jalinan dan persahabatan.best sangat.lepas sessi persembahan,sessi sosek-sosek pulak.ader yang chatting,ader yang berforum dan lepak-lepak sosek-sosek sambil mengadap kek.pastu,kitorang mintak diri dalam kol 11.30 malam,sebab aku kena ambik abang aku kat selayang.rasa cam sedih jer nak berpisah tu.beraper kali aku peluk diorang semua (muslimah ngan muslimah ek) jangan salah sangka ek.aku rasa ader nak dekat 3 kali sorang aku peluk.lepas rindu.ahakssss.UKHUWAH ITU INDAH BILA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH.

sampai jer kat rumah,sebelum aku tido,aku call lah jejaka penang tu.dier angkat tapi aku rasa dier tak pasan kot yang call tu aku.aku malas ah nak kacau dier.aku cakap ah tak per lah gi lah tido tu.rupa-rupa nya dier mamai.ahakssss.pastu,aku terus tido sebab tak larat sangat.



2 februari 2002

*buat report*

hari ni aku bangun solat subuh,pastu tido balik sampai kol 1 tengahari.pastu,abang aku kejut sebab dier nak bawak aku gi buat report polis pasal kemalangan semalam tu.memula aku tanya balai polis sini,dier kata aku kena pergi balai polis kampung subang.sampai jer kat balai polis kampung subang,diorang kata aku kena buat report kat balai polis sg buloh.iskkkkkk,bengang nyer aku.tension giler.dah lah panas.lepas tu,terus kitorang gi buat report kat balai polis sg buloh.lepas buat report aku kena soal siasat lak.memang terbukti lah aku salah.pastu,sarjan mamat tu keluar kan surat saman.terbang RM300 aku kena bayar saman.aku tanya lah sarjan tu,nak bayar kat maner?pastu die cakap aper tau.kalau nak bayar kat saya RM200 jerk.kalau bayar kat baai polis lain kena bayar RM200.rasuah ah sarjan ni.aku tanak tanggung risiko.aku bayar RM200 karang bukan nyer ader resit nanti.kang jadi aper-aper hal naya jerk.sabo jer lah.tapi kan,nasib baik lesen aku tak kena potong point.ALHAMDULILLAH,syukur.

balik tu,memula abang aku suruh aku send dier kat selayang pastu aku bawak balik kereta,pastu,biler malam dier nak balik dier akan call aku soh ambik dier kat komuter.pastu,aku cakap ah kat dier awak bawak ah keta tu.saya ni rasa cam mengantuk lagi lah.pastu korang tau abang aku kata aper,dier kata,eleh ngantuk ker takut.sabo jer lah abang aku kata aku takut dah bawak kereta.aku ok jerk.

on the way nak balik tu,singgah kedai beli nasi bungkus untuk aku ngan adik aku kat rumah.lepas makan terus online internet..tadi,nik call aku,dier cakap sorry ah masa aku call amalm tadi dier tengah mamai.pastu,dier tanya lah aku kat maner ni,aku cakap lah aku kat luar.pastu dier cakap lagi,aku selalu call ko mesti tak lekat kat rumah asyik keluar jerk.nik,ko tatau ker yang kawan ko ni kaki jalan.ader ker nik kata aku accident sebab kuat berangan.pastu aku cakap lah balik kat dier,aku accident sebab asyik dok ingat kat dier.dier gelak jerk.gurau jer nik ek.jangan marah.kang aku jual kang.seposen pun laku.ahakssssss.tak der aper yang menarik hari ni

di sini aku nak ucap kan terima kasih kat beberapa orang:

-abang ludi thanks sebab ambik berat tentang peminat mu ini.izzah dah ok.tak der aper-aper.cuma luka di dalam hati jer belum sembuh. abang ludi ader ubat tak untuk menyembuh kan luka ni.ahaksssss.

-nik thanks jugak sebab ingat kan aku untuk update jernal dramatic kesayangan aku ni.aku takkan lupa nyer untuk update jernal aku ni.cuma nyer masa akhir bulan januari tu,aku tak update sebab emosi aku tak stabil.

-semua geng jernal yang ambik berat tentang diri ku ini.sokongan kalian semua telah menguat kan semangat aku untuk berdiri semula.HIDUP GENG JERNAL.

-INTEAM dan UNIC thanks sebab korang buat persembahan yang bertenaga.marverloussssssss.sore korang memang sedap ah.

-HIJJAZ MUSIC ENTERTAINMENT sebab menjemput diri izzah ni hadir ke majlis gilang gemilang tu.lain kali jemput lah lagi ek.

-pihak polis sebab mengeluar kan saman ke atas diri ku ini.ahakssss.nampak gaya nye aku kena kerja keras sikit lah ni.tu lah,saper suruh langgar bontot kereta orang.kan dah kuar saman.

kepada sesaper nak tengok gambar majlis hari lahir syam sila ker www.hijjaz.com.my dan klik pada showcase.

kepada sesaper yang belum join komuniti impiankasih sila berbuat demikian di alamat www.communityzero.com/impian

ader sesaper boleh ajar aku tak,cara-cara nak letak banner geng jernal.sila angkat kaki.ahakssssss.

sekian sahaja laporan dari saya eyzzahbatrisyia (ni gara-gara terpengaruh ngan laporan polis tadi tu lah ni)ahakssssss.


 

 

DarkCounter