Friday, May 03, 2002

eyzzah peluk teddy bear pada pukul 8:31 PM ||

assalamualaikum semua geng jernal,



lama rasa nya aku tak sentuh keyboard komputer aku ni.rindu rasa nya nak berjernal semula.aku sekarang amat sibuk ngan kerja aku hingga membatas kan diri aku ni untuk berjernal.sekarang ni aku dah ader boss rasmi.ahaksssss.boss rasmi nya ialah abah aku sendiri.abah aku akan bayar gaji tiap-tiap bulan.Dah hilang lah status seorang penjual anggur di kampung kubu gajah sg buloh ni.

aku sekarang ni tiap-tiap hari kena hantar dan ambik adik aku yang form 5 tu pergi dan balik sekolah.dier pergi dan balik tuisyen aku gak yang kena hantar dan ambik.thats why lah ramai yang gelar aku sebagai SUPIR.ahakssssss.tapi jangan memain tau ni supir bergaji maaaaaa.abah aku bayar tiap-tiap bulan gaji aku.kesian aku kan bergelar supir.ekekekeekek.dalam masa aku bergelar supir aku tetap melaksana kan tugas menjahit aku.aku menjahit pun di bayar gaji maaaaaa.

buat masa sekarang ni aku tengah sibuk menyiap kan langsir dan alas dulang untuk majlis perkahwinan abang aku.iskkkkkkk,tak sabar lah pulak aku nak menerima kakak ipar.ahakssssssss.sebab tu sekarang ni mak aku tak bagi sangat aku berinternet ni sebab aku kena buat kerja aku.kan aku kerja ngan abah aku.so,aku kena lah ambik hati abah aku.karang kata aku makan gaji buta jerk.kerja haram tak siap asyik berinternet jerk.

peristiwa semalam mengingat kan aku kat korang semua geng jernal.aku rasa kalau aku tak terserempak ngan presiden geng jernal kan mesti aku tak mula lagi tulis jernal ni.peristiwa aku terserempak ngan abang mie menguat kan semangat aku untuk berjernal semula.aku terserempak ngan abang mie semasa kami sedang sama-sama mengharungi traffic jam di komuter sg buloh.selalu nya aku tengok dier segak bergaya dengan motor nya,tapi semalam aku tengok dier segak bergaya sambil memandu kereta kancil dengan macho nya.aku sempat ah angkat tangan kat dier.aku rindu sangat-sangat kat korang semua expecially abang ludi.ahaksssssss.gurau jerk (jangan jadi kontroversi sudah ah).

sebenar nya aku rindu sangat-sangat kat jernal aku ni.sorry ek sebab lama sangat tak menulis dalam ni.kesian teddy bear aku tu.ahakssssss.sempena dengan pembukaan semula jernal aku ni.aku siap buat layout baru lagi.lama tu aku nak create layout baru.terima kasih banyak-banyak aku ucapkan pada adik aku,aisyah yang sudi tolong aku buat layout baru ni.kalau nak harap aku buat sorang hampeh tak tau buat.aku harap korang semua berpuas hati ah ek ngan layout baru aku ni.

aku rindu nak jumpa korang semua.biler korang semua nak buat gathering cam selalu tu.kalau korang buat gathering kali ni kalau tak der aral melintang aku sure nak jadi orang pertama yang hadir gathering tu.ahakssssss.tapi,sekarang ni aku tak leh janji untuk berjernal tiap-tiap hari.ni aku update jernal ni pun sebab hari ni aku cuti.cuti sabtu pertama maaaaaaa.kalau tak cuti aku tak sentuh langsung internet.aku nak tumpukan perhatian pada kerja aku.aku nak bergelar orang yang berjaya dalam hidup.aku nak bukti kan pada mak ngan abah aku yang anak dier ni walau pun tak belajar tinggi (diploma) tetap boleh berjaya cam orang lain.aku tanak di gelar anak tak mengenang budi.mak bapak keluar kan duit sebab anak nak belajar tapi habuan nya tak nampak pun.

buat masa sekarang ni aku tengah sibuk gak ngan kelab peminat hijjaz iaitu sahabathijjaz.aku kena jadi ajk untuk program jalinan sahabathijjaz yang akan diadakan di el-azhar camp di morib pada 31hb mei hingga 2hb jun 2002.sesiapa yang berminat nak sertai program ni boleh lah call aku di talian 017-3558872.penyertaan terhad tau.saper cepat dier dapat.terbuka kepada semua.bayaran nya cuma rm100 jerk.jom ah ikut aku gi program tu best wooooo.boleh jumpa artis woooooo.antara artis-artis yang terlibat di dalam program tu ialah hijjaz,inteam,ae-man dan artis baru di bawah naungan HME iaitu UNIC.aku percaya mesti ader di antara korang semua dah dengar lagu artis baru ni.menyengat woooooo.aku suka sangat lagu diorang yang berjudul HANYA TUHAN YANG TAHU.kalau sesaper yang belum beli lagi kaset kumpulan UNIC tu harap beli ah.sedap-sedap woo lagu dalam album tu.

korang semua dah beli ker kaset UNIC,SAUJANA ngan NOWSEEHEART.lagu-lagu dalam album diorang best-best.tak macam album diorang sebelum ni.1st time aku dengar lagu nowseeheart (masa tu aku tak hayati dier punya senikata)aku pun berkata-kata dalam hati aper punya lagu lah ni.sekarang ni biler aku dah hayati dier punya lirik ok ah, not bad.kumpulan nasyid sekarang ni dah power.guna gitar dalam irama diorang.tak per,selagi benda tu tak jatuh haram tak per.ahaksssss.

dalam album saujana lak aku amat tertarik ngan lagu rahsia (ala-ala rap gitu).sampai kan adik aku kata camaner lah diorang ni kalau buat persembahan nyanyi lagu rahsia.ahaksssss.tapi memang giler best ah lagu tu.aku minat semua lagu dalam album saujana.ekceli aku minat saujana sejak dulu tapi,album saujana yang baru ni aku suka sangat.kena ngan imej diorang.imej muda remaja gitu.di sini aku serta kan lirik RAHSIA.

RAHSIA

Ada rahsia itu urusan Dia,
Pencarian sia-sia,
Tiada siapa yang tahu,
Bila,masa ,tempat dan waktu..ajalmu.

Rahsia maut dan nyawa,
Rahsia hari yang telah di janji kan,
Hanya dia yang tahu,
Dialah penentu,itu urusan nya,
Kau hanya berusaha,jangan banyak tanya.

Rahsia...biar pecah di perut,
Jangan pecah di mulut,
Rahsia ada di atas sana,hanya di atas sana,

Terbongkar akhirnya,terbongkar rahsia,
Bila ia menjelma,bila ia datang menjelma,
Apabila rahsia oh datang menjelma,
Baru kau tahu siapa Dia.......


dalam album unic pulak aku minat lagu hanya tuhan yang tahu dan ainul mardhiah.lagu hanya tuhan yang tahu tu bawak kenangan pada aku sebab aku 1st time dengar lagu tu masa kumpulan unic recording kat studio NAR records.masa tu secara kebetulan aku gi saner sebab kat ofis hijjaz tak der orang.so,aku ngan kawan aku pun terus pergi ke studio sebab diorang kata diorang tengah recording.masa masuk studio tu telinga aku menangkap satu bunyi lagu yang best giler.terus menusuk masuk dalam hati aku.di sini aku serta kan lirik HANYA TUHAN YANG TAHU dan ainul mardhiah.

HANYA TUHAN YANG TAHU

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih


AINUL MARDHIAH


Diri-mu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagi syuhada
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gaya-mu wahai seorang putri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buat-mu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Ooh.. Tuhan
Bisakah di cari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih


dalam album nowseeheart pulak,aku tertarik ngan lagu keluarga bahagia.lagu tu biler aku 1st time dengar terus aku rasa nak nangis giler.aku teringat kat mak ngan abah aku.di sini aku serta kan lirik KELUARGA BAHAGIA.


KELUARGA BAHAGIA

Bahagia seluruh semesta,
bermula dari keluarga,
dari titisan susu ibu tercinta,
mengalir lah sungai kasih abadi.

tumbuh dari keringat ayah,k
kita perah pengorbanan nya,
yang melimpah,
derai air mata nya mengalir,
di darah kita terbina cita-cita.

rentas lah seribu lautan,
kembara lah ke seluruh alam,
takkan kau temui,
semurni cinta 2x,
keluarga.

langkah remaja mu di tusuk sembilu,
kembara dewasa mu di amuk nafsu.

ingat lah pesan ibu,
kenanglah pesan ayah,
kembali lah.......
ke jalan ALLAH.....

sayangi keluarga.....
di situ lah bahgia.....

aku ni kalau korang semua nak tau fanatik giler ngan irama nasyid ni sampai kan aku pernah bertekak sorang budak ni pasal penggunaan gitar dalam irama nasyid aku pun naik angin ah biler dier kata penggunaan gitar dalam irama nasyid haram.aku pun aper lagi keluar kan ah aper yang pernah Qardawi kata,lebih kurang camni ah.

dier cakap kat aku eh guna gitar haram ah dalam nasyid.pastu aku jawab balik kat dier aper tau,kereta tu kan sejenis alat,komputer pun sejenis alat...tul tak??pastu dier jawab ah betul.kenaper komputer tak haram??kenaper kereta tak haram?kenapa perlu haramkan gitar??kalau kereta yang kita pakai tu,kita bawak gi masjid dengar ceramah,pergi cari rezeki,pergi tempat elok-elok, benda tu betul lah kegunaan nye.tak salah lah aklau kereta tu di gunakan ke arah islam.macam tu jugak ngan gitar ni.kalau bagi kat HIJJAZ,RAIHAN,RABBANI ker elok lah.cuba gitar tu kita bagi kat kumpulan search ker wings kerr.salah lah penggunaan nya.dok melalak tak tentu pasal.insyaallah akalu bagi kat kumpulan nasyid insyaallah penggunaan nye ke arah yang betul.terdiam terus budak tu tak kata aper.nak kritik kumpulan nasyid tengok orang dulu lah kawan.jangan nak kritik tanpa asas yang kukuh.ahaksssss.merah padam muka budak tu.ahaksssss.aku kesian giler kat dier.moga-moga lepas ni kan dier minat lah irama nasyid.ahakssssss.inteam sendiri tanya NIK AZIZ pasal muzik ni.pastu tup-tup nik aziz jawab hukum nya harus.nak aper lagi.

ok lah,aku rasa dah banyak aku membebel.aku rasa sampai di sini sahaja penulisan jernal aku untuk hari ni.bye.


 

 

DarkCounter